SUSPEK yang berang dalam kejadian tersebut
LABUAN: Tindakan seorang pemandu kereta menumbok seorang pengguna jalan raya berhampiran lampu Isyarat Jalan Patau-Patau, pada Rabu lalu (12 April) membawa padah apabila ditahan pada petang Ahad (16 April).
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superetindan Ahmad Jawila berkata, suspek berusia 22 tahun itu disyaki menumbok mangsa kerana berang kerana ditegur berkaitan penggunaan isyarat lampu kenderaan sebelum masuk kelorong sebelah kanan.
“Suspek telah ditahan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana mendatangkan ugutan jenayah” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Selain itu katanya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu dengan berbahaya dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat harta benda.
Dalam kejadian pada 12 April lalu, suspek bertindak keluar daripada kenderaan dan menumbuk muka mangsa beberapa kali sehingga mendatangkan kecederaan pada mata, luka di dahi dan penderahan di hidung mangsa.
Mangsa telah dirujuk ke hospital Nukleus Labuan untuk mendapatkan rawatan selepas membuat laporan polis.
Ketika kejadian isteri mangsa turut berada dalam kereta yang dinaiki mangsa.
Insiden yang dirakam kamera papan pemuka mangsa itu tular di media sosial.
Ahmad berkata, dengan tertangkapnya suspek, maka kes yang telah tular di media sosial itu telah selesai.
“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat seberarang spekulasi mengenai vedio atau gambar tersebut sehingga menjejaskan siasatan pihak polis mahupunmendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat dan pengguna jalan raya yang lain” katanya.