TEBAKAR…. Toyota Vellfire yang terbakar
Oleh: Jainudin Djimin
LABUAN: Pemandu Toyota Vellfire terselamat selepas kenderaan berkenaan terbakar ketika bergerak di Jalan Dewan berhampiran bangunan Wisma Perbadanan Labuan di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superutendan Ahmad Jawila berkata, kira-kira jam 10.50 pagi, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang lelaki yang memandu kenderaan berkenaan menyedari lampu kecemasan di ‘dashboard’ menyala dan seterusnya mendapati asap keluar dari kiri sisi tayar hadapan.

MUSNAH….Toyota Vellfire yang terbakar gagal diselamatkan.
“Bagaimanapun mangsa 31, berjaya keluar daripada kenderaan sebelum ianya terbakar.
“ Pihak polis yang tiba dilokasi kira-kira jam 11.15 pagi, mendapati anggota Bomba dan Penyelamat (JBPM) sedang berusaha memadam kebakaran”, katanya dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.
Menurut Ahmad lagi, hasil siasatan awal, pihak polis mendapati tiada sebarang unsur khianat yang boleh dikaitkan sebagai punca kebakaran.
Katanya, kes akan dirujuk kepada pihak Bomba untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti punca kejadian sebenar.
Sementara itu, Vellfire berwarna hitan yang difahamkan baharu dibeli beberapa bulan lalu gagal diselamatkan.