Keadaan van yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Mustapha di sini pada awal pagi Rabu
LABUAN:Pemandu sebuah van cedera parah selepas van jenis Toyoya yang dipandunya terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Mustapha berhampiran Taman Perumahan Wong Wo Lo, di sini, awal Pagi pada Rabu.
Manakala dua lagi penumpang yang turut berada dalam van tersebut bernasib baik apabila dilaporkan hanya cedera ringan.
Menurut kenyataan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Labuan, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Labuan Sentral Jalan Kampung Jawa menerima panggilan kecemasan dari orang awam sekitar jam 1.10 1.pagi
Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Kesemua mangsa meupakan lelaki kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Turut terlibat membantu dalam kemalangan itu, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Punca kejadian masih dalam siasat.



