ADVERTISEMENTspot_img

lapan penerima di Bingkor terima sumbangan bagi kos rawatan, pendidikan dan komuniti

SUMBANGAN PENGGANTIAN CERMIN MATA -Penduduk Kampung Nahaba , Fazlina Lajinau (kanan) hadir mewakili anak nya, Joel Jaysean Jackry hadir menerima sumbangan dana ringankan beban kos pembelian penggantian cermin mata daripada Mohd Ishak yang disampaikan Maurice di Pejabat ADUN Bingkor.

Oleh: Paul Ukau

BINGKOR: Lapan penerima di kawasan Bingkor menerima sumbangan bagi membantu menampung kos rawatan, pendidikan, perjalanan serta keperluan institusi komuniti.

Bantuan yang disalurkan baru-baru ini melibatkan enam individu dan dua institusi komuniti. Sumbangan itu disampaikan di Pejabat Wakil Rakyat N40 Bingkor oleh Pegawai Akhbar kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Dato’ Sr. Mohd Ishak Ayub, Maurice Sooh.

Antara penerima ialah Elldiana Azmi dari Kampung Melidang yang menerima bantuan bagi persediaan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sumbangan itu diterima ibunya, Saibeh John.

Dusiman Satur dari Kampung Tohan Baru pula menerima bantuan bagi meringankan kos rawatan. Penyampaian sumbangan itu turut dibantu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tohan Baru, Larry Jody.

Junitah Molin Manjaji dari Kampung Tangkongan menerima bantuan bagi menampung sebahagian kos tiket penerbangan untuk mengiringi cucunya menyertai Hari Potensi Peringkat Kebangsaan di Selangor.

Novleesia Ciso dari Kampung Ria Atas menerima bantuan bagi menampung kos penginapan ketika menghadiri upacara perbarisan tamat latihan Prajurit Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sumbangan itu diterima anaknya, Arrfredenleo Dominic.

Bagi keperluan keluarga, Jaskary Jamilik dari Kampung Nahaba menerima bantuan untuk menggantikan cermin mata anaknya, Joel Jaysean Jackry. Sumbangan itu diterima Fazlina Lajinau.

Adryan Mikhail dari Kampung Samangkok turut menerima bantuan bagi membiayai lawatan sambil belajar murid Tahun Enam ke Kota Kinabalu. Sumbangan berkenaan diterima Addie Bongso Arifin.

Selain penerima individu, Tabika Perpaduan Kampung Dangulad menerima bantuan bagi menjayakan program lawatan sambil belajar ke Kundasang, Ranau. Sumbangan itu diterima Faizana Jupilis bagi pihak tabika berkenaan.

Jawatankuasa Masjid Ukhuwah Apin-Apin pula menerima bantuan untuk membeli satu set komputer dan pencetak bagi kegunaan masjid. Sumbangan itu diterima Azrie Suhaileh.

Bantuan berkenaan mencerminkan kepelbagaian keperluan masyarakat setempat, termasuk kos rawatan, persediaan pendidikan, perjalanan serta penyediaan kemudahan untuk institusi komuniti.

Sumbangan itu diharap dapat membantu mengurangkan beban kewangan penerima, di samping menyokong aktiviti pendidikan dan pengurusan kemudahan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN