Wira dan Wirawati karate Labuan yang meraih pingat emas dan gangsa disambut meriah.
LABUAN: Kepulangan dua atlet karate Wilayah Persekutuan Labuan yang merangkul pingat emas di Kejohanan Karate Asia (AKF) di Jordan dan pingat gangsa di Sukan Asia- Aichi Nagoya Jepun baru baru ini disambut meriah setibanya di Terminal ketibaan Lapangan Terbang Labuan di sini pada Rabu.
Dua atlet karate Labuan yamg mewakili negara pada kejohanan berasingan itu ialah Nur Ameesa Aira Mohd Affendi disambut oleh ahli keluarga, pemimpin sukan dan ahli korporat sebagai tanda sokongan moral wira dan wirawati negara.
Hadir menyambut ketibaan atlet berkenaan, Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Zulhelmi Amran, Presiden Persatuan Karate Labuan, Renshi Aswadee Taba dan Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holding, Noor Halim Datuk Zaini serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif Karate Labuan.
Untuk rekod mohamad Haikal Aswadee memena gi pingat gangsa dalam acara kata berpasukan di Sukan Asia Nagoya Jepun, manakala Nur Ameesa Aira merangkul pingat emas dalam acara Kata Individu Wanita di Kejohanan Karate Asia (AKF) di Jordan.



