DILEPAS…. Sidi mengangkat penyu hijau untuk dilepaskan semula ke laut di pantai Tanjung Aru Nelayan, pada Rabu.
LABUAN: Seorang pemancing tempatan berjaya menyelamatkan seekor penyu hijau yang terdampar di pantai yang cetek berdekatan dengan pantai Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Pemancing berkenaan, Sidi Yusof ketika dihubungi berkata kejadian tersebut disedari oleh isterinya ketika mereka dalam perjalanan kembali ke psesir pantai selepas memancing
Beliau berkata, penyu yang dianggarkan seberat 20 kg dalam keadaan yang kurang bermaya dilepas semula ke laut dipercayai terkandas di pantai berkenaan akibat air laut sedang surut.
“Penyu itu kami lepaskan semula kelaut dengan harapan penyu tersebut dapat hidup seperti sediakala, selain melindungi habitat itu daripada terus pupus” katanya.
Sementara itu seorang penduduk tempatan, Nordir Kadir, 50 yang turut menyaksikan pelepasan semula penyu itu berkata pantai Tanjung Aru Nelayan memang menjadi tempat persingahan penyu bertelur sejak bertahun tahun yang lalu.
“Namun akibat kejadian hakisan pantai penyu penyu berkenaan sudah jarang ditemui di sini” katanya.
Jelas beliau lagi, kawasan pantai Tanjung Aru Nelayan yang menghadap ke Tanah Besar Sabah di Menumbuk dan Kuala Penyu menjadi tumpuan para pemancing kerana pernah merekodkan tangkapan ikan ikan besar seperti spesies ‘giant trevally atau gerepoh selain menjadi tunpuan ramai pada hujung minggu untuk menikmati makanan ambuyat.