27 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mac 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PEMADAM, GBR dan Ayam Gepuk Pak One’D anjur Pertandingan Kumpulan Akustik Tertutup Ranau.

Florencia (duduk tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat penganjuran Pertandingan Kumpulan Akustik Tertutup,

RANAU: Belia daerah ini dipelawa untuk menyertai Pertandingan Kumpulan Akustik Tertutup Ranau yang akan diadakan pada 20 dan 21 Ogos depan.

Pertandingan julung kali ini merupakan anjuran bersama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Ranau, Gabungan Belia Ranau dan Ayam Gepuk Pak One’ D.

Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Florencia Padasian, ketika memberitahu Borneo Daily Bulletin hari ini berkata, program ini akan diadakan di perkarangan bangunan Koisaan Point.

“Untuk keterangan lanjut berkenaan program atau pertandingan ini, boleh berhubung terus dengan urusetia iaitu Valentino Charles Tony di talian 014-378 1576,” katanya.

Flornecia memberitahu, antara tujuan program diadakan adalah untuk mencungkil bakat seni dalam kalangan masyarakat di daerah ini.

Katanya, program ini juga memberi peluang khususnya kepada para belia di sini untuk mengetengahkan bakat seni terutama dalam bidang muzik dan nyanyian.

“Kita amat menggalakkan penyertaan terutama para belia yang meminati bidang muzik dan nyanyian dalam program ini.

“Penganjuran program ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada belia untuk mengasah bakat sedia ada dalam diri mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Florencia yang juga Setiausaha PEMADAM Ranau berkata, PEMADAM amat mengharapkan agar para belia dapat mengelakkan diri mereka daripada terjerumus dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan dan HIV/AIDS).

Turut hadir pada mesyuarat itu yang diadakan di Pejabat Daerah Ranau ialah Pengurus Ayam Gepuk Pak One’D, Erwanddie Awiss, Syukri Saridih dan ahli-ahli GBR.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN