31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peluang bagi pereka tempatan melalui pertandingan Garung Olumis

Datuk James (kanan) menerima cenderkenangan disampaikan Datuk Ng


PITAS: Pertandingan Garung Olumis yang diadakan smepena sambutan Pesta Kaamatan di negeri ini merupakan platform terbaik bagi para pereka fesyen tempatan mencipta nama dalam bidang berkenaan di peringkat antarabangsa.


Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, ada tempat di dalam pasaran antarabangsa yang begitu luas terhadap rekabentuk fesyen tempatan jika ia diterapkan dengan motif-motif unik warisan KDMR.


“Penganjuran Sodop Huminodun memberi ruang dan peluang kepada semua pereka fesyen serta peserta Unduk Ngadau mengetengahkan dan memperagakan rekaan pakaian tercantik dan kreatif atau dalam bahasa Kadazandusun, Garung Olumis.


“Peragaan Garung Olumis merupakan suatu platform yang begitu signifikan kerana ia membuka peluang kepada semua pereka tempatan untuk mempamerkan bakat dan kreativiti pereka di mata dunia.


“Malam Huminodun ini pada kebiasaannya akan mengetengahkan peragaan pakaian kontemporari yang melibatkan elemen tradisi KDMR yang merupakan hasil rekaan kratif oleh para pereka fesyen tempatan,” kata beliau.


James berkata, acara itu membuka prospek kepada para pereka fesyen tempatan yang kini berpeluang untuk mengembangkan lagi bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa melalui jualan rekaan-rekaan mereka.


Nasihat saya, rebutlah peluang ini dengan sebaikannya kerana peluang sebegini tidak akan selalu datang, apatah lagi dalam bidang yang begitu kompetetif dan sengit saingannya.


Beliau turut menyarankan agar pemain industry mengkreatifkan rekaan mereka dengan menerapkan keunikan elemen-elemen tradisi tempatan yang dicari-cari oleh penggemar fesyen yang dahagakan sesuatu yang baharu dan istimewa.


“Saya yakin dan percaya, sudah tentu ada tempat di dalam pasaran antarabangsa yang begitu luas, terhadap rekabentuk fesyen tempatan jika ia diterapkan dengan motif-motif unik warisan KDMR yang semestinya tidak terdapat di tempat lain di dunia ini.


“Justeru, sudah tiba masanya penganjuran Malam Huminodun ini melihat jauh melangkaui dunia tempatan dan menyasarkan pandangannya kepada peluang-peluang yang lebih meluas iaitu pada pasaran global, yang mana pada hari ini, boleh digapai hanya melalui sentuhan di hujung jari sahaja,” kata beliau.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sodop Huminodun sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Pitas Tahun 2023 yang diadakan di sini ada malam hari Selasa.


Menurut beliau, penganjuran majlis Malam Huminodun turut menyumbang kepada perpaduan dan kesatuan dalam masyarakat tempatan dan amalan ini perlu dibudayakan agar adat budaya warisan turun temurun terus terpelihara.


“Syabas dan tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana yang telah menganjurkan program ini yang dipengerusikan oleh Datuk Ng Loi Teet.


“Semoga pada masa akan datang program sebegini akan terus dilaksanakan dengan mengekalkan adat budaya dan warisan KDMR.


“Kepada para pemenang malam ini, syabas dan tahniah saya ucapkan, manakala yang kurang bernasib, jangan putus asa, cuba lagi di lain masa,” jelas beliau.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN