33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Peluang Anak muda Labuan sertai kursus  EV secara percuma di China

MOHD RAFI menyampaikan duit raya kepada anak anak dari golongan asnaf pada majlis tersebut.

LABUAN:Anak muda Labuan perlu merebut peluang apabila kerajaan  bersetuju menawarkan 20 kuata kepada anak jati Labuan menyertai kursus kemahiran Electrical Vehicle (EV) di negara China.

Menurut Pengerusi Penasihat Giat MARA Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan, berita gembira itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamid  semasa majlis Moreh di di kediamannya di Taman Tan Viila, dekat sini baru baru ini.

“Pada malam itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengumumkan  untuk  memberikan 20 kuata kepada anak muda Labuan  untuk mengikuti Kursus Kemahiran Electrical Vehicle (EV) di negara China yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan”katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Kepimpinan UMNO 5 peringkat Bahagian Labuan, di sini, pada Jumaat.

Mohd Rafi berkata, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi TVET telah menawarkan kepada anak-anak Labuan untuk dihantar ke negara berkenaan untuk mengikuti latihan kemahiran berkenaan secara percuma.

“Jadi saya menyeru kepada anak anak muda Labuan supaya  mengambil peluang keemasan ini….  dan saya bagi pihak warga Labuan mengucapkan terima kasih kepada  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kerana memberi peluang kepada anak Labuan untuk menyertai kursus yang berimpak tinggi”, katanya.

Mohd Rafi yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan berkata, kenderaan elektrik  ini sudah mula diterima  rakyat nagara ini dan ini sekaligus akan memberi manfaat kepada peserta  yang berjaya menamatkan kursus tersebut

“Mereka yang telah  menamatkan kursus yang memakan masa hanya enam hingga 12 bulan ini bukan sahaja dapat ilmu  yang berguna  tetapi juga  mereka akan terus diterima bekerja di syarikat syarikat automotif atau kilang kilang permotoran yang ada di negara ini’, katanya.

Hadir sama, pada majlis itu Setiausaha Politik Menteri Perladanagan dan Komoditi, Datuk Rizalman Mokhtar, Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahathir Sulaiman, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Datuk Khalid Ghani.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN