25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PELBAGAIKAN INTERVENSI TARIK MINAT MURID KE SEKOLAH

Oleh: Dr.Francis Andin

Robert merasmikan pondok Muafakat PIBG SK Bunga Raya


KENINGAU: Keupayaan dan Usaha Warga Guru serta ibubapa dalam menjana pelbagai pendekatan atau Intervensi dalam usaha menarik minat murid ke sekolah antara yang menjadi keutamaan dalam memastikan suasana sekolah Sejahtera dan Seronok dapat diterjemahkan.


Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah yang juga ADUN N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @Nordin, berkata pendekatan pihak sekolah dan ibubapa yang mempelbagaikan intervensi dalam sesuatu program yang dianjurkan bukan sahaja mendapat sambutan baik murid tetapi juga ibubapa untuk hadir ke sekolah dan bersama menjayakan dengan penuh suasana harmonis.


“ Saya yakin dan percaya gabungan aktiviti Muafakat iaitu Tamu Muafakat PIBG, Perasmian pondok MUafakat PIBG dan Majlis Apresiasi murid antara gabungjalin pendekatan pihak sekolah ini dan ibubapa , semua ini adalah intervensi agar murid seronok ke sekolah apa lagi menghadiri program, justeru saya menyokong penuh amalan baik ini diteruskan kerana banyak manfaatnya”katanya ketika merasmikan program Libat Urus PIBG sempena majlis Apresiasi Sekolah Kebangsaan Bunga Raya dekat sini.


Robert berkata cabaran pendidikan hari ini jauh berbeza dari dahulu, murid-murid perlu didedahkan lebih awal terhadap halatuju negara yang sedang pesat membangun dan sewajarnya acara hari ini ada sedikit persamaan ketika kita menghadiri hari Konvokesyen diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT).


“ Sudah tentu apabila amalan-amalan baik ini diperkenalkan lebih awal ianya akan memberi gambaran terbaik kepada anak-anak kita supaya rajin berusaha hingga mencapai ilmu pengetahuan dimenara gading seterusnya memberi impak kepada negara kerana menjadi salah seorang modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran”katanya.


Pada masa sama Robert menyeru semua ibubapa agar memastikan kebersamaan dalam apa juga program di sekolah terus dijalin dan menjamin masa depan anak yang bakal melanjutkan pelajaran di sekolah menengah hinggalah ke IPT kelak.


Dimajlis itu, Robert merasmikan pondok Muafakat PIBG yang dibina secara bergotyong-royong melalui sumbangan peribadinya tahun lalu , untuk kemudahan murid menunggu ibubapa dan memberi keselesaan murid dan membantu mengurangkan masalah disiplin ketika balik dari sekolah.


Dalam pada masa sama, Robert yang juga Pembantu Menteri Kerjaraya Sabah , memberi jaminan bahawa kerja-kerja naiktaraf jalan raya Mukim Kampung Bunga raya sejauh 2.2 kilometer yang sedang dilaksanakan, kini mencapai 50 peratus kemajuan kerja dan berharap akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.

Justeru Robert menyeru semua penduduk agar bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya terutama apabila melalui jalan yang baharu diselenggara bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku .


“ Kita berharap kemudahan jalanraya yang sudahlama diimpikan oleh penduduk kampung BUnga Raya , kini telah menjadi kenyataan dan ini adalah antara fokus perjuangan kerajaan GRS yang sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan siapnya kelak ini akan memudahkan penduduk berulangalik bekerja,membawa hasil pertanian, ke hospital dengan selesa”katanya.


Terdahulu Robert sempat bertemu mesra dengan ahli PIBG dan penduduk kamoung yang melibatkan diri membuka gerai jualan amal PIBG seterusnya menyampaikan sijil tamat sekolah tahun 6, anugerah tokoh murid dan turut diberi penghargaan ialah ibubapa cemerlang dan Kakitangan swasta iaitu Pembersihaan sekolah dan Pengawal keselamatan.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian tradisi sambut tamu, tarian kebudayaan etnik Malaysia, Nyayian Solo Alumnai Sekolah dan jamuan Muafakat tetamu.


Hadir sama Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau Puan FrancisCa John, Guru Besar Dr Pranchis Andim, YDP PIBG Encik Japrin Thomas dan pemimpin masyarakat setempat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN