HADIAH…. Fadzilah menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna sambil diperhatikan Ansharey (dua kiri), Fadlin (kanan sekali), Ustaz Radzaleih (kiri sekali) dan Haji Hamka (dua dari kanan).
LABUAN: Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Program Santuni Kanak-Kanak dan Komuniti sub zon 5 anjuran bersama Jabatan Kebajikan Malaysian (JKM) Labuan dan Sekolah Antarabangsa Labuan yang diadakan di Dewan Utama Sekolah Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
Turut terlibat sama menjayakan program tersebut, Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Labuan, Lembaga Pembangunan Pemduduk & Keluarga (LPPKN) Negeri Sabah, Aagensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Ansharey Matarsad berkata, program tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan motivasi dan suntikan semangat kepada golongan sasar agar dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
“Selain itu ia juga memberikan ruang dan peluang kepada golongan sasar untuk lebih berwaspada mengenai kesihatan diri serta kesedaran berkaitan isu jenayah” katanya ketika ditemui pada program tersebut.
KESIHATAN… salah seorang peserta membuat pemeriksaan kesihatan sempena program tersebut
Program tersebut yang disertai lebih 200 peserta telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran), Fadzilah Haji Mahmud mewakili Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias.
Hadir sama, Pengetua Sekolah Antarabangsa Labuan, Fadlin Binting, Setiausaha Pasukan Kanak-Kanak Labuan, Haji Hamka Haji Hamzah dan Penolong Pengarah MAIWP, Uztaz Mohd Radzaleih Matussin.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu berlangsung ialah, pertandingan mewarna, sesi ceramah berkaitan kesihatan dan jenayah, bengkel Robotik serta pameran perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.