26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 17, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PELBAGAI ACARA MENARIK SEMPENA HARI KELUARGA PAPIM DI PANTAI PIMPING RABU INI

TAKLIMAT PROGRAM 2025…Hj Ahmad bersama AJK ketika memberikan taklimat Program- Program PAPIM 2025 kepada Mohd Arifin (tengah) di PPNS baru-baru ini.

MEMBAKUT: Pelbagai acara menarik telah disusun oleh Ahli Jawatankuasa Penganjur Hari Keluarga Persatuan Kebajikan Dan Rekreasi Anak- Anak Pimping di Pantai Barat (PAPIM) di Pantai Kg Pimping di sini Rabu ini.

Pengerusi Pelaksana, Nor Hisham Narawi berkata Program Baurung- Urung yang julung kali diadakan PAPIM sejak ditubuhkan tiga tahun lalu itu bertujuan mengumpulkan ahli-ahli dan keluarga PAPIM dalam majlis silatulrahim, mesra dan santai-santai ini.

“Oleh kerana kesibukan tugas dan jarang-jarang dapat berjumpa, kita menganjurkan program ini agar anak-anak berasal dari Kg Pimping yang menjadi ahli persatuan yang menetap di Pantai Barat ( dari Tuaran hingga Papar), dapat kita kumpulkan di pantai yg indah yg dapat menggamit kenangan silam mereka,” katanya semasa mengadakan mesyuarat akhir persiapan Hari Keluarga itu di Pantai Pimping.

Nor Hisham berkata semua anak-anak Kg Pimping tentunya sering berkelah bersama keluarga masa kecil mereka, jadi pemilihan lokasi ini amat sesuai agar mereka mengimbau kenangan lalu disamping mempromosikan Pantai Pimping sebagai produk pelancongan kepada orang ramai dan pihak luar.

” Ini sekaligus akan dapat menambahkan pendapatan penduduk-penduduk Kg Pimping yang menjalankan pernigaan di gerai-gerai yang mereka bina,” katany.

Menurut Nor Hisham lebih 150 orang ahli dan keluarga mereka dijangka hadir di majlis ini.

NOR HISHAM…Pengerusi Penganjur berharap Hari Keluarga PAPIM berjalan lancar.

Norhisham berkata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, merangkap ADUN Membakut yang juga Penaung PAPIM, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Mohd Arif akan merasmikan Hari Keluarga PAPIM ini.

Beliau berkata pelbagai acara telah disusunatur bermula dari jam 7 pagi dengan acara Senam Robik,Penyampaian Sijil Keahlian kepada mereka sudah menjadi ahli, Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada ibu bapa keluarga yang layak,acara sukaneka untuk dewasa dan kanak-kanak, termasuk Pertandingan Mengurit, Pertandingan Melastik dan Pertandingan Tarik Tali.

Acara akan diteruskan dengan Pertandingan Karaoke Dewasa dan Kanak- Kanak.

“Acara kemuncak tentulah Cabutan Bertuah yang menawarkan hadiah-hadah lumayan, termasuk sebuah telefon bimbit, lebih 10 barangan elektrik dan berpuluh hamper yang disediakan oleh pihak penganjur dan sumbangan orang-orang perseorangan,” tambahnya.

Katanya setiap ahli yang sudah berdaftar selain diberikan sijil juga akan diberikan baju T yang mempunyai logo PAPIM.

Norhisham turut berterima kasih kepada Mohd Arifin dan orang-orang perseorangan yang menghulurkan bantuan berupa kewangan dan hamper untuk menjayakan acara yang gilang gemilang ini.

Sementara itu Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad@ Jumin Dipong turut merakamkan penghargaan kepada semua AJK dan ahli2 PAPIM yang memberikan sokongan kepada program-program PAPIM selama ini.

” Selepas ini kita akan teruskan aktiviti Ziarah Dangsanak yang kurang sihat di sekitar ibu negeri terutama keluarga-keluarga ahli PAPIM,” katanya ketika memberikan taklimat kepada Mohd Arifin semasa kunjungan hormat di Kompleks PPNS baru-baru ini.

Beliau berkata aktiviti seperti ini bukan saja mampu mengeratkan kekeluargaan sesama sekampung yang berada di Kota Kinabalu tetapi dapat menceriakan mereka yang kurang sihat ini.

Hj Ahmad juga berkata Acara Menitir (Kenduri Arwah sebelum masuk bulan Ramadan) yang dimulakan tahun lalu akan diteruskan.

” Kita merancang banyak lagi dari masa ke semasa untuk mengisi masa lapang ahli-ahli kita yang sememangnya jarang-jarang dapat berjumpa,” kata Hj Ahmad

Beliau meminta anak-anak Pimping yang tinggal di Pantai Barat dan belum menjadi ahli berpeluang menjadi ahli semasa Hari Keluarga PAPIM.

Mereka yang berhasrat menjadi ahli boleh juga berhubung dengan Setiausaha Agung PAPIM, Puan Nismah Hj Kanak, Penolong SUA, Ali Hussein Hj Matnor, Bendahari, Awang Kassim Hj Ismail atau Penolong Bendahari, Awang Ghazali Ghani@ Tuan Carlos.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN