31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pelawaan Warisan kepada PBS hanya bersifat peribadi untuk kelangsungan politik

KONG SOON CHOI

RANAU: Pelawaan Parti Warisan kepada PBS untuk penggabungan menghadapi PRU akan datang hanya bersifat peribadi untuk kelangsungan politik.

Mengulas perkara itu, Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi berkata, daripada hanya mempelawa satu parti tempatan bergabung adalah lebih baik sekiranya Parti Warisan terus bersama sebuah keluarga besar dalam kerajaan GRS-BN bagi mempastikan kestabilan politik negeri Sabah terus kukuh.

Katanya, pelawaan itu hanya akan mewujudkan blok politik lebih berkecamuk dan mengelirukan rakyat sedangkan isu-isu perdebatan adalah sama iaitu ingin mempastikan hak-hak negeri dan rakyat Sabah terus terbela seadilnya.

“Kenapa perlu pelawa satu parti tempatan sahaja sedangkan terdapat sebuah keluarga besar dalam GRS-BN yang menghimpunkan semua parti tempatan dan nasional demi pengukuhan politik di Sabah”. Tegasnya pada Selasa ketika diminta mengulas mengenai paparan media sosial Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membuka tawaran kepada PBS untuk penggabungan bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) Ke-15 akan datang.

Dalam paparan itu, Presiden Warisan menyatakan partinya terbuka untuk berkerjasama dengan PBS bagi menghadapi PRU akan datang kerana negeri Sabah memerlukan gabungan parti tempatan yang kuat diperingkat akar umbi.

Kong turut berkata, pendirian Presiden PBS Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili yang menolak secara terhormat pelawaan Presiden Warisan dan mengekalkan komitmen bersama kerajaan GRS-BN menunjukkan kematangan politik yang perlu dicontohi semua pihak dalam gabungan berkenaan.

Jelasnya, sudah sampai masa para pemimpin dalam GRS-BN benar-benar mempamerkan kesepakatan politik yang kukuh untuk menghadapi PRU akan datang agar semua isu yang ada kaitan dengan hak-hak negeri ini dapat dituntut sebulat suara diperingkat atasan.

“Kematangan pengundi khususnya pengundi muda ketika ini perlu diambil kira kerana mereka menentukan kestabilan politik berdasarkan pendirian sesebuah parti politik. Jika senang terpengaruh, maka persepsi mereka segera berubah sekaligus menolak kepimpinan parti berkenaan”. Jelasnya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN