Robert semasa menyampaikan ucapan secara maya.
KENINGAUļ¼Pelantikan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah secara penuh masa oleh Kementerian Pendidikan Malaysia membuktikan bahawa peranan guru yang memegang jawatan ini tidak boleh dipandang ringan.
Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, hal ini dapat dibuktikan bahawa Guru Bimbingan Dan Kaunseling banyak membantu para remaja serta masyarakat di luar sana dalam menjalani kehidupan yang penuh mencabar khususnya semasa pandemik Covid-19 sebelum ini dan juga sekarang.
āJusteru, Guru Kaunseling juga berupaya untuk membawa modal insan yang berguna dan seterusnya berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing terutama dalam menempuh arus kemodenan pada masa akan datangā katanya dalam ucapan perasmian Program Pengiktirafan Guru Bimbingan Dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Daerah Keningau secara maya baru-baru ini.
Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ļ¼ADUNļ¼Bingkor berkata, profesionalisme dalam kalangan kaunselor sekolah perlu dititikberatkan memandangkan kaunselor atau Guru Bimbingan Dan Kaunseling perlu bergerak seiring dengan kemajuan pendidikan dalam arus perkembangan teknologi canggih, perubahan pesat sosio-ekonomi dan berbagai lagi.
Katanya, kesemua ini menuntut Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah supaya sentiasa memantapkan diri agar tidak ketinggalan dalam dunia pendidikan yang serba mencabar akibat pandemik Covid-19.
āPeranan Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah serta Pembimbing Rakan Sebaya amat diperlukan terutama dalam menempuh keadaan yang serba mencabarā katanya.
Jelasnya, aktiviti pelajar pada zaman sekarang banyak beralih secara dalam talian. Oleh itu Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah bersama-sama dengan PRS perlu menggerakkan program atau aktiviti yang mampu membantu pelajar menghadapi norma hidup yang baru.
Turut sama dalam majlis perasmian secara maya itu, Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip, Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Keningau Puan Salmiah Dawang, Penyelaras Program Pengiktirafan Guru Bimbingan Dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRSļ¼Fredolin Majip bersama Ahli Jawatankuasanya dan semua Guru Kaunselor Daerah Keningau.