Emily (kiri? bersama veroneca merakam gambar semasa di Bombon Marakau.
RANAU’: Dua pelancong dari Australia, Cik Emily Smith 38, dan Cik Veroneca Babara 40, terpesona dengan kejinakan pelbagai spesis ikan yang ada di Bombon Marakau di sini.
Kedua-mereka adalah antara ratusan pengunjug luar negeri yang melawat ke beberapa lokasi menarik di Ranau dan Kundasang pada Ahad.
Selain Bombon Marakau, para pengu jung juga ke Taman Air Panas Poring, Dairy Farm Kundasang, Tugu Peringatan Perang pekan Kundasang, Pusat Tagal Luanti, Ranau Rabbit Farm, Mount Kinabalu Sky Bike, Pusat Ternakan Payau Kinapulidan, Ternakan Madu Kelulut Kinapulidan dan Sabah Teh Nalapak.
Emily dan Veroneka ketika ditemui berasa bangga, seronok dan puas hati dengan program mereka selama dua hari satu malam berada di Kundasang menyajikan 1001 kenangan manis yang sukar lupakan.
“Kami akan datang lagi melawat di sini dengan membawa rakan-rakan kami yang lain dari negara kami”, jelas Emely.
            Â