26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pelajar SMK Pantai raih kejayaan di kejohanan Taekwondo Antarabangsa

TAHNIAH Rosyam bersama Jalur Gemilang pada majlis penyampaian hadiah.

LABUAN: Dua pelajar SMK Pantai telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya memenangi pingat emas dan perak di Kejohanan Teakwando peringkat antarabangsa baru baru ini.

Rosyam Qusyairi Aspar pelajar Tingkatan 4 SMK Pantai meraih  pingat emas  pada Kejohanan AOT Cup 3rd Open International Taekwondo Championship 2022 di Ryan International School, Bengaluru India.

Kejohanan selama dua hari 28-29 Disember  itu telah disertai tujuh buah negara melibatkan India (tuan rumah), Malaysia, Ethiopia, Ghana, Amerika Syarikat, Nepal dan Bangladesh.

Rosyam merupakan peserta tunggal dari WP Labuan bersama 10 orang peserta lain mewakili Malaysia bertanding di bawah Kelab Taekwondo MTH (WTF).

Sementara itu, seorang lagi pelajar Tingkatan 4 SMK Pantai, Mohammad Farish Shamir  Kasmir, juga telah mengharumkan nama sekolah diperingkat antarabangsa selepas meraih pingat Perak di Kejohanan 2nd Korea Ambassador Cup yang berlangsung di Negara Brunei Darussalam baru-baru ini.

PINGAT….Mohammad Farish Shamir bersama pingat yang dimenang

Pada kejohanan itu, Mohammad Farish Shamir   yang bertanding di bawah Kelab Taekwondo (MTH (WTF).

Sebanyak tiga buah negara telah menyertai kejohanan itu yang melibatkan Malaysia, Korea dan Brunei Darussalam.

Sementara itu, Pengetua SMK Pantai, Ismail Abdullah  mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pelajar tersebut yang bukan sahaja telah mengaharumkan nama sekolah tetapi juga nama Labuan dan Malaysia  dipersada antarabangsa.

Beliau berharap pencapaian kedua-dua pelajar  ini akan meningkatkan semangat mereka untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun  ini dan memupuk minat pelajar lain untuk terlibat dalam aktiviti sukan  Taekwondo.

“Pihak sekolah akan terus memberi galakan dan sokongan kepada murid-murid selaras dengan slogan “SMK Pantai Mengangkat Martabat Murid” dan salah satu Fokus Kerja 2023 SMK Pantai iaitu “Pengantarabangsaan”, katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN