SUMBANGAN… Jonathan (kedua kanan) ketika menyampaikan sumbangan buku kepada salah seorang pelajar SMK Timbua sambil diperhatikan Marcus (kiri sekali)
KUNJUNGI KAMI DI – https://www.chanteekborneo.shop/
RANAU: Pandemik Corona Virus (Covid 19) yang melanda dunia telah mengubah landskap kehidupan manusia dalam segala sudut selain menjadi cabaran masyarakat hari ini untuk menyesuaikan diri dalam meneruskan kehidupan dengan norma baharu.
Usaha pihak kerajaan untuk menangani pandemik maut ini secara total menerusi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu merupakan punca kepada perubahan drastik dalam amalan kehidupan normal sebelum ini.
Timbalan Menteri II Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jonathan Yasin berkata, situasi baharu ini turut memberi implikasi besar kepada pelbagai sektor dalam pendidikan negara ini termasuk sistem Pembelajaran dan Pengajaran (PdP).
HANTAR MODUL…Marcus (kiri) menghantar sendiri kertas modul kepada salah seorang pelajar /calon SPM.
Katanya, mujur dalam setuasi getir berdepan ancaman virus Covid 19 yang kini telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia seluruh dunia, sektor pendidikan negara dilihat bersedia dengan norma baharu dengan kehadiran pelbagai teknologi pendidikan masa kini.
“Proses pembelajaran dan pengajaran tidak lagi semestinya berlaku secara bersemuka. Platform pembelajaran dalam talian melalui aplikasi media sosial seperti WhatApp dan seumpamanya, kini terbuka luas.
“Justeru pelajar tidak harus mengabaikan kepentingan pelajaran dengan menjadikan situasi sukar ketika ini termasuk penutupan sementara sekolah sebagai alasan untuk tidak belajar.
“Sebaiknya, pelajar harus menyesuaikan diri dengan keadaan sistem pembelajaran pada ketika ini mengikut norma baharu, yang mana turut dialami oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Program Outreach ….kemuncak kepada usaha PdP versi PKP (Bersyarat).
Beliau berkata demikian ketika menangguhkan program Sekolah Menengah Timbua (SMK) Outreach: Guru Sentiasa Bersama Pelajar, di sekolah SMK Timbua Ranau baru-baru ini.
Jonthan yang juga Ahli Parlimen Ranau turut menekankan penggunaan telefon pintar sebagai alat untuk menimba ilmu, justeru pelajar harus lebih pintar untuk mengendalikannya.
“Elakkan diri dari terlibat dalam perlanggaran undang undang Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi, jangan terlibat dalam cyber bully, scam atau pun menyebarkan berita yang belum diketahui kesahihan sesuatu berita.
“Sebaliknya, pelajar harus pintar mencari ilmu. Contohnya memahami sesuatu perkara yang diajar oleh guru dengan mendalam lagi melalui contoh-contoh di YouTube, dan sebaginya. Mala, pelajar boleh mempelajari banyak kemahiran dari you rube, Facebook atau Linkindin,” ujar beliau.
Berucap di majlis pengisian program yang dihadiri oleh 15 orang pelajar dan lima orang guru serta pegawai lain, Jonathan mengingatkan pelajar agar melakukan ‘extra mile’ atau sesuatu yang diluar kebiasaan jika ingin terus maju.
Terdahulu, Pengetua SMK Timbua, Marcus Shapi dalam ucapannya berterima kasih kepada Jonathan kerana sudi menyumbang buku Latihan dan alat tulis kepda 556 pelajar di SMK Timbua.
Beliau turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing kerana sentiasa menyokong usaha sekolah serta PIBG dan para ibubapa di Mukim Timbua.
PONDOK ATAS BUKIT…Salah seorang pelajar (calon SPM 2020) terpaksa berjalan sejauh 5 kilometer mendaki bukit untuk mendapatkan isyarat internet sebelum memulakan pembelajaran atas talian (online).
“Saya juga berterima kasih kepada guru-guru dan staff SMK Timbua kerana telah menyumbang reload (isian semula) telefon bimbit kepada pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak PKP Fasa 1,” katanya.
Dalam masa sama, Marcus turut mengimbau usaha guru guru SMK Timbua untuk memastikan pembelajaran dan pemudahcaraan berlaku sejak PKP dikuatkuasakan.
Menurutnya, pada PKP Fasa 1, guru-guru sekolah itu telah menyediakan modul kepada pelajar Tingkatan 5 dan telah dihantar sendiri oleh beliau di rumah pelajar masing- masing dengan menggunakan pondok keselamatan sekolah rendah yang juga menjadi saluran sebagai pusat transit di 29 buah kampung kawasan Mukim Timbua.
Manakala pada PKP Fasa 2, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengarahkan supaya pembelajaran Online digunakan sebagi medium pembelajaran.
“Pelajar belajar di rumah, guru mengajar di rumah. Namun, SMK Timbua, hanya 18.7% dari 556 orang pelajar yang dapat mengikuti pembelajaran online sepenuhnya dari Isnin hingga Jumaat.
“Keadaan ini menyebabkan saya mengubah strategi dengan mengarahkan setiap guru menyediakan modul untuk semua pelajar dan semua mata pelajaran serta semua tingkatan,” jelasnya.
Menurutnya lagi, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk melaksanakan, membuat modul, mencetak dan mengedarkannya ke kampung-kampung berkenaan.
Sementara itu, Marcus memberitahu bahawa Program Outreach adalah kemuncak kepada usaha PdP versi PKP (Bersyarat).
“Apabila syarat dilonggarkan dengan SOP yang ditetapkan membenaran perkumpulan tidak melebihi 20 orang, kita mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan pelajar di balai raya atau dewan sekolah rendah menurut jadual yang telah diatur.
“Dalam program yang berlangsung selama lima hari itu, sebanyak 29 buah kampung terlibat dan seramai 20 orang guru telah bertugas dalam memastikan program berjalan dengan lancer dan teratur,” jelas beliau.
Tambah Marcus, dalam PKP fasa 3 dan 4, setiap pelajar sudah stabil dan terkawal sebab telah dilantik Ketua Pelajar di setiap kampong, dan ada yang menjalankan tugas sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pelajar dan menjadi mata, telinga, kaki dan tangan guru di peringkat kampung.
Outreach
Dalam pada itu, Pengerusi PIBG SMK Timbua, Ahing Usupo berkata para pelajar dan ibubapa di sini beruntung sebab Pengetua dan guru-guru di sekolah itu sangat prihatin untuk membantu anak-anak mereka meneruskan pembelajaran walaupun terdapat kekangan seperti tiada telefon bimbit, tiada kredit atau data atau tiada capaian internet.
“Ini kerana, walaupun banyak rintangan yang kami hadapi, pengetua dan guru guru datang juga ke rumah dan berjumpa dengan anak-anak.
“Untuk rekod, pelajar SMK Timbua terdiri dari para pelajar dari Mukim Timbua, Mukim Ulu sugut Malinsau dan dari daerah Kota Marudu, iaitu SK Tagibang, Kampung Garung dan Kampung Londom.
“Guru-guru mengambil masa dua hari untuk masuk ke 29 buah kampung yang meliputi 291 kilometer setiap kali menghantar tugasan, modul , PBL dan mengambil balik kerja pelajar untuk di periksa oleh guru,” jelas beliau.- Borneo Daily Bulletin.