Mangsa menerima pemeriksaan oleh pegawai perubatan selepas berjaya ditemukan di dasar laut di bawah jeti tempat mangsa bekerja.
LABUAN: Seorang pekerja kontraktor ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika sedang melakukan kerja kerja menyelengara dan membaik pulih sebuah jeti| kendalian Shell Timur Sdn. Bhd. di Tanjung Purun dekat sini, pada pada Ahad.
Dalam kejadian 11.35 pagi itu, mangsa, Zamri Lamusing, 27, ditemukan di dasar laut tidak jauh dari tempat kejadian oleh sepasukan anggota bomba yang melakukan kerja kerja menyelamat dan mencari mangsa.
Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Beliau berkata sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 6 pagi mangsa bersama 10 pekerja lain tiba di jeti berkenaan untuk melakukan kerja kerja penyelangaraan.
“Selepas kira-kira jam 11.35 pagi semasa mangsa bersama empat lagi rakannya melakukan kerja pemasangan perancah di bawah jeti, rakannya yang lain mendapati mangsa tiada ditempat tersebut dan hanya melihat topi keselamatan mangsa terapung di permukaan air laut” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ahmad berkata, rakannya cuba mencari di kawasan sekitar namun gagal menemuinya, lalu naik ke atas jeti dan membunyikan siren kecemasan.
Sususlan kejadian itu katanya, pasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan polis melakukan operasi mencari dan menyelamat sekitar kawasan tersebut.
“Tidak lama kemudian kira-kira jam 12.45 mangsa berjaya ditemukan didasar laut di bawah jeti berkenaan, namun mangsa disahkan meninggal dunia dan di bawa ke unit Perubatan Forensik untuk tindakan selanjutnya” kataya.
Ahmad berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes di siasat sebagai mati mengejut.