31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas

OLEH: ADUKA JASNIN SUMAN
Admin: Johnny Gampawi.

RANAU: Seorang pekerja kolam  warga asing ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam  ikan di Kampung Keligan, Kinaratuan pada petang Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Yohanes Wangka @ Junaidi Abdullah, 32, berbangsa Timor dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan sedalam lapan kaki dengan keluasan dua ekar yang sedang dalam pembaikan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Shahrul Datuk Haji Wahab ketika mengesahkannya kepada media berkata, siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian mendapati, mangsa terjatuh sebelum tenggelam ke dalam kolam ikan berkenaan.

Katanyanya, ketika kejadian, air kolam  keruh kekuningan berpunca daripada kerja-kerja pengorekan untuk mendalamkan kolam tersebut menggunakan jentera pengorek.

“Menurut saksi kejadian, mangsa yang sedang berjalan berhampiran jentera pengorek yang sedang beroperasi, tiba-tiba terjatuh sendiri ke dalam kolam dan tidak sempat diselamatkan rakan sekerja,” katanya.

“Operasi mencari dan menyelamat telah dilakukan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat  Ranau seramai lapan orang bersama enam anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. Operasi turut dibantu orang awam seramai lima orang.

“Mayat mangsa telah dijumpai jam 5.10 petang oleh pasukan bomba kira-kira lima kaki dari tebing kolam tempat mangsa terjatuh dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Menurut Mohd Shahrul lagi, mangsa meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia tiga tahun. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengatahui punca sebenar kematian.

Operasi mencari dan menyelamat  di dalam kolam sedang dilakukan sepasukan anggota bomba.
Mangsa lemas berjaya dijumpai dan dibawa keluar anggota bomba.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN