Robert Laap.
KENINGAU:Para pekebun kecil getah di negeri ini merayu kepada Kerajaan Negeri melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)menaikkan harga getah bagi mengurangkan bebenan rakyat berikutan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang semakin meningkat.
Seorang pekebun kecil getah Robert Laap mewakili seluruh Pekebun Kecil Getah Sabah merayu kepada Kerajaan Negeri agar ambil peduli kebajikan rakyat yang semakin tertekan.
Beliau berkata, dengan harga getah yang sangat rendah pada masa kini sangat-sangat tidak berbaloi dengan keringat, kepanatan serta tidak sepadan dengan kenaikan harga barang-barang keperluan masa kini.
“Gaji para Menteri, Pembantu Menteri, Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam sudah naik semantara harga getah semakin menurun, tolonglah kami berilah harga yang berpatutan, kami juga ada keperluan wang untuk belanja seharian, belanja anak-anak yang bersekolah dan bayaran bulanan yang lain” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini.
Justeru itu tambah Robert, para pekebun kecil getah mohon kerajaan agar menetapkan harga lantai yang stabil bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.
“Memadailah kalau harga lantainya stabil yang boleh membuat kami bernafas lega walaupun kami tidak menjadi kaya.
Tolonglah kami, siapa lagi tempat kami minta simpati kalau bukan Kerajaan” ujarnya.
Mengenai Insentif Pengeluaran Getah (IPG )Robert berkata, pembayarannya terlalu lambat.
“Bayangkanlah, pembayaran IPG bagi tahun 2021 hanya bulan February sahaja yang dibayar” jelasnya.