26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 18, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PEKA ISU ORANG MUDA – Ariffin Arif

Penyerahan watikah… Arifin Arif menyampaikan watikah pelantikan Ketua Wanita Gagasan Membakut kepada Dayang Haireena Awang Basir diperhati oleh Redonah Bahanda


MEMBAKUT: Seluruh kepimpinan sayap Wanita Gagasan Rakyat diminta bersikap proaktif  mendekati golongan muda agar dapat lebih menyelami keperluan dan isu generasi berkenaan.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, mereka yang bakal keluar mengundi merupakan generasi penentu kepada kemenangan sesebuah parti pada PRN17.  

Sehubungan itu, katanya, setiap cawangan dan bahagian perlu kerap turun padang menemui golongan tersebut daripada semasa ke semasa.

“Setiap wanita bahagian dan cawangan juga perlu bergerak dari awal bagi menambah keahlian kerana ini adalah nadi kemenangan kita pada pilihan raya akan datang.

“Ketua-ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian perlu memastikan agar jentera mereka telah disiap-siagakan, kenal pasti setiap ahli kita kerana dengan kelebihan 1 undi sahaja akan menentukan kemenangan mahupun sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berjumpa dengan ahli jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat bahagian Membakut dan penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa Wanita di Kampung Pimping Membakut semalam.di sini

Turut hadir Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Ketua Penerangan, Anna Bell Perian, Ketua Wanita bahagian Membakut, Dayang Hairena Awang Basir serta ahi jawatankuasa Wanita Gagasan Rakyat bahagian Membakut.

Menurut Redonah, Wanita Gagasan Rakyat bahagian wajar memberi tumpuan kepada aktiviti gerak kerja berpasukan dalam memperkukuh parti dan menyantuni rakyat.

Tambahnya, gerak kerja kepimpinan Wanita Gagasan di semua peringkat perlu diperkukuhkan melalui program penambahan ahli dan latihan persediaan jentera pilihan raya.

Beliau berkata, bagi menarik keahlian baharu, mereka (wanita) seharusnya terlebih dahulu mendekati rakyat dengan apa cara sekali pun. Wanita Gagasan Rakyat mesti mampu menghayati denyut nadi rakyat dan mesti mengetahui apa sahaja masalah dan keperluan rakyat.

“Bukan sekadar itu, kita mesti dilihat kumpulan yang berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan mesti dilihat berjaya menyelesaikan masalah itu. Hal ini kerana rakyat hari ini sudah bijak. Mereka pandai menilai kumpulan mana yang bekerja untuk mereka.

“Mereka (wanita) juga terus memantapkan gerak kerja dalam aspek pembentukan jaringan kemasyarakatan akar umbi bagi membela dan menjaga kebajikan rakyat. Ini bagi memastikan Wanita Gagasan mampu memainkan peranan untuk memantau dasar kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat dilaksanakan dengan optimum dan sampai ke sasaran,” tegas beliau.

Redonah menggesa pengundi muda yang berumur 18 tahun ke atas yang didaftarkan secara automatik harus didekati. Wanita Gagasan Rakyat mesti merencana strategi memikat hati pengundi-pengundi muda ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN