25 C
Kota Kinabalu
Selasa, Januari 14, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau hulur air minuman dan makanan kepada pelanggan BSN

RANAU: Prihatin akan nasib para pengunjung di Bank Simpanan Nasional (BSN) Ranau yang terpaksa beratur panjang dan lama di sepanjang kaki lima kedai di sini, beberapa individu, NGO dan juga kumpulan mengambil inisiatif untuk meringankan lagi beban yang dihadapi mereka yang berkenaan.

Tidak ketinggalan juga para kakitangan dari Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang diketuai oleh Pegawai Perhubungan Parlimen, Chong Peck Heng@Pehing yang menghulurkan sumbangan air minuman dan makanan ringan kepada mereka yang berbaris panjang untuk ke BSN pada hari Isnin.

“Kita melakukan inisiatif ini bagi meringankan sedikit sebanyak keperitan yang dialami oleh mereka yang berbaris dan menunggu giliran lama untuk berurusan di BSN Ranau. Kebanyakan mereka terdiri dari warga Ranau yang datang dari kampong-kampung jauh.

“Sebenarnya inisiatif serupa juga dijalankan oleh individu-individu, kumpulan-kumpulan, mahupun mereka yang datang dari parti-parti politik yang lain. Ini menunjukkan sikap saling prihatin di kalangan kita warga Ranau kepada mereka yang kesusahan.

“Ini pertama kali kita edarkan sumbangan air minuman dan makanan ringan kepada mereka yang terpaksa menunggu dan berbaris di sepanjang kaki lima kedai berhampiran BSN,” jelas beliau.

Tinjauan media mendapati orang ramai berbaris panjang untuk melakukan transaksi di BSN Ranau, terutama sekali untuk mengeluarkan wang bantuan kerajaan yang diperolehi mereka.

TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN