Jonathan (kanan) diiringi Izani semasa melawat sudut pameran yang diadakan sempena program PEDI tersebut.
RANAU: Program Pemerkasaan Usahawan Pusat Ekonomi Digital (PEDI) satu inisiatif memperkasa usahawan mikro merentas ke platform digital.
Di Ranau program PEDI itu telah diadakan di Dewan Persatuan Hakka daerah telah dirasmikan Ahli Parlimem Ranau, Datuk Jonathan Yasin dan di hadiri lebih 100 orang usahawan.
Menerusi program tersebut para usahawan yang telah dibimbing melalui ceramah berkaitan dengan pembangunan keusahawanan digital termasuk pengurusan kewangan, perlesenan, strategi pemasaran dan peluang untuk mendapatkan geran bantuan bagi memastikan usahawan lebih berdaya maju dan bersaing dalam era digital ini.
Datuk Jonathan dalam ucapan perasmiannya, mengharapkan program itu memberi kesan positif bagi meningkatkan ilmu perniagaan digital usahawan dan berpandapatan tinggi serta mewujudkan ekosistem perniagaan yang kukuh serta berdaya saing.
“Terima kasih kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malayasia(MCMC) Negeri Sabah kerana memilih daerah Ranau sebagai lokasi menganjurkan program PEDI, bagi melahirkan usahawan-usahawan yang lebih berjaya dan inovatif dalam ekonomi digital”, jelas Datuk Jonathan.
Terdahulu, Pengarah Negeri MCMC Sabah, dalam ucapan aluannya, berterima kasih atas kehadiran Datuk Jonathan dan menyifatkannya sebagai memberi semangat dan motivasi kepada para usahawan yang hadir.
Menurutnya, program itu turut dijayakan bersama oleh agensi kerajaan dan swasta seperti Pejabat Daerah Ranau, Fama, Tiktok Malaysia (Tiktok Shop), Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) dan Koperasi Persatuan Usahawan Digital IKS Sabah (PERDIKS)yang turut menyumbang maklumat berkenaan peluang geran usahawan, platform pinjaman dana serta perkongsian kejayaan usahawan.
“Bagi tahun ini, daerah Ranau telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan yang akan berlangsung selama tiga bulan bermula dari bulan Ogos hingga Oktober 2023 dengan mengenalpasti para usahawan yang akan dibimbing”, tambah Izani.
Antara pengisian program yang berakhir sekitar jam 4.00 petang itu ialah, Taklimat Tik Tok Shop oleh Nur Azre Abdul Aziz daripada Tiktok Malaysia, Taklimat Dari FAMA bertajuk ‘Geran Agropreneur Muda, taklimat dari Pejabat Daerah Ranau Bahagian Perlesenan, taklimat dari AIM dan taklimat dari PERDIKS.
Turut diadakan sempena program itu ialah, Pameran Produk Usahawan Ranau dan agensi kerajaan, manakala hadir sama pada majlis perasmian itu ialah, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Farihah Binti Mohd.Jamian.
            Â