29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pecah masuk rumah, seorang lelaki berjaya diberkas

KENINGAU:Seorang lelaki tempatan yang memecah masuk rumah di Taman MDK 2 di sini  bejaya diberkas oleh polis dengan bantuan orang awam.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Nor Rafidah Kasim dalam satu kenyataan media berkata, pihak polis terima  maklumat daripada orang awam lebih kurang jam 9.00 malam pada Selasa, terdapat kes pecah masuk rumah di Taman MDK 2 Keningau.

Katanya, bertindak segera atas maklumat itu, Unit MPV dan Jabatan siasatan Jenayah IPD Keningau dengan dibantu orang awam telah berjaya menangkap suspek setelah terjatuh dari bumbung rumah.

ā€œHasil pemeriksaan fizikal suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius, pemeriksaan polis terhadap badan dan beg pinggang suspek menjumpai barang-barang milik tuan rumah tersebut. Saringan air kencing telah dijalankan mendapati positif dadah jenis methamphetamine (syabu)ā€ jelas DSP Rafidah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, suspek lelaki tempatan itu mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah dan satu kes pecah rumah. 

Suspek telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

DSP Rafidah berkata, pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang membantu menangkap suspek.

Pada masa sama beliau menyeru agar masyarakat khususnya di daerah Keningau agar sentiasa menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak Polis. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN