29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Op Bantu: PDRM IPD Ranau agih bakul makanan kepada golongan memerlukan

SIMIUN (kanan) ketika menyampaikan bantuan kepada penerima sambil diperhatikan pegawai dan anggota AMANITA yang lain.

RANAU: Polis di sini merealisasikan inisiatif dari pihak atasan untuk bekerja seiringan dengan pemimpin setempat dalam meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik terutama semasa pandemik Covid 19 dengan mengedarkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Bin Lomudin berkata, program Op Bantu merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang akan dilaksanakan oleh PDRM di mana program bermula serentak di seluruh negara mulai Rabu.

Katanya, semua Ketua Polis Daerah di seluruh negara melaksanakan program ini di kawasan masing-masing, termasuk di daerah Ranau.

TERIMA KASIH…salah seorang wakil menerima bantuan disampaikan Simiun sambil diperhatikan anggota AMANITA IPD Ranau.

“Kami juga turut mengikuti arahan yang diberikan oleh kepemimpinan PDRM untuk memastikan inisiatif itu dilaksanakan hingga selesai.

“Untuk hari ini kami berjaya mengedarkan 10 bakul makanan kepada keluarga yang dikenal pasti dan tinggal di sekitar daerah ini. 10 lagi akan diedarkan pada hari berikutnya,” katanya.

Menurut Simiun, selepas ini, pasukan pengedaran di sini akan menunggu arahan selanjutnya dari kepimpinan untuk kesinambungan program itu.

Walaupun begitu, katanya dalam program Op Bantu ini, setiap daerah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti 300 penerima yang akan dikunjungi dan diberi sumbangan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN