31 C
Kota Kinabalu
Isnin, November 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PdP di semua Sekolah Menegah di Ranau berjalan lancar.


Majus (depan dua kanan) bersama Jamirin Sahamin (Pengetua kanan) dan guru-guru yang lain. -FOTO: Shafri Roy

RANAU: Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di 11 buah sekolah menengah di daerah ini, yang bermula hari ini berjalan lancar dan teratur mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) seperti yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia, bagi mengelakkan penularan Covid-19.


Tinjauan ke beberapa sekolah menengah di Ranau, yang menempatkan pelajar tingkatan 5 (SPM) dan STPM mendapati semuanya mematuhi SOP dengan mengamalkan penjarakan sosial 1 meter antara satu sama lain, pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup hidung dan mulut (Facemask) dan membasuh tangan menggunakan sabun cecair (Sanitizer) melibatkan para pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah dan para ibu bapa.


Sementara itu, beberapa pelajar yang sempat ditemui, masing-masing melahirkan perasaan gembira kerana dibenarkan kembali ke sekolah meskipun mengamalkan budaya baharu (Normal Baharu) memandangkan Perintah Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020.


Beberapa pelajar yang diminta memberi reaksi berhubung PdP menerusi kemudahan online (Internet) rata-rata berpendapat dan menyifatkan kemudahan itu, dapat memberi pengetahuan baharu kepada pelajar tanpa bersua muka dengan guru-guru.


“Bagaimanapun, saya tidak dapat mengikuti pembelajaran secara maya itu disebabkan kekangan liputan internet”, jelas adik Olivia Jann Jimmy Chia pelajar Tingkatan 5 Dedikasi SMK Mat Salleh.

Seorang lagi pelajar di sekolah yang sama adik Danny Oswold Florentius menyifatkan belajar secara bersua muka dengan guru lebih berkesan berbanding online kerana memberi peluang kepada pelajar mengemukakan sesuatu pertanyaan secara terus kepada guru-guru sambil diperhatikan oleh pelajar lain.


Bagi dua orang pelajar Tingkatan 5 di SMK Ranau, adik Joshua M.Yahya dan adik Siti Syafizah Binti Jamaluddin juga menyifatkan belajar secara bersua muka dengan guru-guru lebih berkesan berbanding secara online.


“Di kampung kami saluran internet tidak lancar menyebabkan pembelajaran tidak dapat saya layari dengan sepenuhnya”, jelas Siti Syafizah.


Salah seorang guru SMK Mat Salleh, Baita Binti Gadana menyifatkan PdP menerusi online ada baik dan ada kekurangannya terutama pelajar yang tinggal di pedalaman luar liputan internet, menyebabkan mereka tidak dapat mengakses internet sepenuhnya.


Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing turut ‘Turun Padang’ ke beberapa sekolah menengah bagi meninjau pelaksanaan PdP yang bermula 24 Jun.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN