JUARA…Pasukan PDM Lohan merakam gambar bersama Datuk Jonathan(berdiri tengah) bersama Jawatankuasa pengelola sejurus selesai penyampaian hadiah.
RANAU: Gandingan mantap serta kesarasian pemain membawah tuah kepada pasukan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lohan untuk muncul Juara Keseluruhan Kejohanan Bolasepak Piala Medeka Sembilan Sebelah, peringkat PDM Parliman Ranau bagi tahun 2022.
Dengan gelaran Juara membolehkan pasukan PDM Lohan yang menewaskan pasukan PDM Paus pada perlawanan akhir dengan jaringan 1-0 menerusi sepakan percuma membawa pulang hadiah Wang Tunai berjumlah RM10 ribu, sebuah piala rebutan dan sebuah Piala Pusingan, sementara pasukan PDM Paus menduduki (Naib Johan) menerima hadiah wang tunai berjumlah RM8 ribu bersama sebuah piala.
Sementara pasukan PDM Tagudon Lama yang menewaskan pasukan PDM Kituntul Baru 4-3 pada perlawanan merebut tempat Ketiga menerima hadiah RM6 ribu bersama sebuah piala manakala tempat ke-4 (PDM kituntul) membawa pulang hadiah berjumlah RM1,000.
Beberapa pemain individu seperti Penjaring Gol Terbaik disandang oleh Iqbal Ekhwan(PDM Lohan), Penjaring Terbanyak, Mohd.Hidayat (PDM Pinausuk) Pemain Terbaik,
Mohd.Muaz Shaugi (PDM lohan) dan Pasukan Terbaik (PDM kituntul) masing- masing menerima hadiah RM200.
Hadiah-hadiah telah disampaikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen P.179 Ranau, Datuk Jonathan Yasin yang juga penaja utama hadiah-hadiah Kejohanan.
Datuk Jonathan dalam ucapan penangguhan kejohanan itu, memuji komitmen serta kerjasama padu daripada pihak Penganjur (PEMUKA) Kg.Sinarut Baru, kerana bekerjasama dengan Pejabat P.179 Ranau mengendalikan kejohanan dengan lancar dan teratur.
“Kita juga merakam syabas dan tahniah atas penyertaan dari 36 pasukan melibatkan penyertaan belia berusia dari 17-35 tahun dan bermain dengan penuh semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi”, jelas Datuk Jonathan.
Beliau menyatakan kesediaan pejabat Parlimen untuk membantu menjayakan apa juga program sukan, seperti Bola Sepak, Bola Tampar, Sepak Takraw dan dalam bentuk kebudayaan sebagai benteng diri para belia daripada terlibat dengan gejala tidak sihat yang boleh menusnahkan kehidupan masa depan diri sendiri, keluarga dan komuniti.
“Pihak Pejabat Parlimen Ranau, sentiasa bekerjasama setekat yang termampu bagi membantu melaksanakan program yang difikirkan sesuai demi faedah para belia-beliawanis”, tambah Datuk Jonathan.
Hadir bersama ratusan penonton kejohanan akhir itu ialah, Pengerusi Persatuan Muafakat (PEMUKA) Kg.Sinarut Baru, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Kiply Sutian.