31 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBT diminta kenal pasti setiap bangunan terbiar, elak kegiatan tidak bermoral.

TERBIAR….Perempuan yang dikatakan tidak siuman menghuni bersama timbunan sampah dalam bangunan terbiar dekat tapak Tamu daerah Ranau.

RANAU: Majlis Daerah ini (MDR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah ini diminta berbuat sesuatu bagi mengenal pasti  setiap bangunan yang terbiar  agar tidak dihuni oleh mereka yang tidak diundang seperti lokasi kegiatan tidak bermoral, penghisap gam dan penagih najis dadah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB), Tan Eng Sing menyarankan kepada semua Jabatan dan agensi kerajaan atau individu tidak membiarkan mana-mana bangunan lama atau bangunan dibiarkan kosong untuk
mengelakan disalahguna oleh golongan tertentu untuk membuat aktiviti tidak bermoral.

Tan Eng Sing menyatakan demikian ketika diminta mengulas berhubung seorang perembuan tempatan yang dikatakan tidak siuman yang menghuni salah satu bangunan terbiar berhampiran bangunan tandas awam di Tapak Tamu Mingguan daerah Ranau.

“Perempuan terbiar itu, sudah sekian lama tinggal di lokasi tersebut  tanpa disedari oleh pihak berkuasa dan keluarga perempuan berkenaan.

“Mujur Jawatankuasa JKDB menemui perempuan tersebut tinggal bersama seekor anak anjing diruang yang penuh dengan kotoran seperti najis dan timbunan serpihan kain buruk, sampah-sarap dan sebagainya.

“Kami sudah melaporkan secara lisan kepada pihak keluarganya dan sudah pun dihantat ke Bukit Padang Kota Kinabalu untuk rawatan dan penempatan selanjutnya sehingga dikenalpasti sihat sepenuhnya”, jelas Tan dan menambah beberapa individu yang juga penghidu gam masih berkeliaran terbiar tanpa pembelaan atau penjagaan keluarga sering menggangu orang ramai dikawasan pekan.

“Saya mencadangkan satu Jawatankuasa khas dibentuk  bagi menangi keadaan itu daripada berterusan kerana mencemarkan imej dan nama baik daerah Ranau khususnya pekan sebagai  antara lokasi pelancongan di Sabah”, tambah Tan Eng Sing.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN