27 C
Kota Kinabalu
Khamis, Januari 22, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PBSM dan JCI Labuan kutip 61 beg darah

Penganjur Kempen Derma Darah PBSM bersama JCI dan Syarikat Pemborong Maju Bersatu Sdn. bhd.

LABUAN: Sebanysk 61 beg darah berjaya dikutip sempena Kempen Derma Darah anjuran bersama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) cawangan Financial Park Labuan dan Junior Chamber International (JCI) Labuan yang diiadakan baru baru ini.

Turut membantu dalam menjayakan kempen itu ialah Syarikat Pemborong Maju Bersatu Sdn. Bhd. selaku penaja utama dalam menyediakan perkhidmatan makanan dan minuma serta beg cenderahati.

Kerjasama yang diberikan oleh syarikat tersebut mencerminkan sokongan padu pelbagai pihak terhadap usaha membantu keperluan bank darah Labuan.

Dalam pada itu PBSM Labuan akan terus menganjurkan kempen derma darah dari masa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menderma darah disamping memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN