29 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PBS Sook zahir sokongan terhadap ADUN Sook

Abraham (duduk tiga dari kiri)bersama rombongan bergambar bersama Ellron (lima dari kanan).

KENINGAU:Parti Bersatu Sabah (PBS)Bahagian Sook menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Sook Datuk Ellron Angin.

Ketua Bahagian PBS N. 45 Sook Abraham Angkimoh berkata, beliau bersama ahli di akar umbinya menyokong penuh kepimpinan Datuk Ellron selain bersiap sedia untuk membantu dalam memperkasakan perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sebagai salah satu rakan parti dalam GRS, kami meletakkan kepercayaan penuh kepada Datuk Ellron sebagai seorang pemimpin utama dan wakil rakyat  di Sook” kata Abraham. 

Abraham berkata demikian semasa beliau bersama rombongan membuat kunjungan kepada Datuk Ellron yang juga Menteri Belia Dan Sukan di Pusat Khidmat Rakyat N.45 Sook  di Kampung Biah, pada Sabtu.

Menurut Abraham, agenda utama kunjungan hormat adalah memperkukuhkan persefahaman diantara PBS dan StarSabah dalam GRS terutamanya di kawasan N.45 Sook. 

“Kunjungan hormat ini juga sebagai satu ikatan bahawa PBS dan StarSabah sebagai rakan yang mempunyai kesatuan yang tinggi dan sedia membantu antara satu sama lain dalam memperjuangkan hak-hak rakyat” tambah Abraham. 

Sementara itu Datuk Ellron Menteri Belia Dan Sukan menyifatkan kunjungan ini merupakan hari yang bersejarah buat parti dalam GRS di kawasan Sook dan ia jelas menampakkan kesatuan antara parti-parti dalam GRS di bahagian Pedalaman adalah sangat kukuh. 

“Kerjasama erat ini adalah suatu titik permulaan yang penting dalam merealisasikan matlamat GRS di kawasan pedalaman” katanya. 

Beliau turut berharap melalui kerjasama ini akan memantapkan kedudukan GRS di Parlimen Pensiangan sekaligus akan memberikan kemenangan besar buat GRS pada pilihan raya akan datang. 

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu Timbalan Ketua Bahagian PBS.N.45 Sook Raim Ansikop  dan beberapa Ahli Jawatankuasa Tertinggi PBS N.45 Sook serta warga UPPM N.45  Sook.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN