30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PBS buat walkabout di Jalan Gaya, Lido

KOTA KINABALU, 5 Februari 2024: Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan walkabout sempena Tahun Baharu Cina 2024 di kawasan Jalan Gaya dan Lido, di sini, kelmarin (4 Feb).

Acara tersebut disertai oleh Timbalan- timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai dan Datuk Jahid Jahim; Naib-naib Presiden, Datuk Johnny Mositun dan Datuk Arthur Sen; Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki; Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut; Datuk Fredian Gan serta beberapa lagi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) lain bersama Exco Pemuda dan Exco Wanita.

Dr. Joachim berkata, walkabout ini merupakan salah satu acara tahunan parti yang diadakan pada perayaan Tahun Baharu Cina dan berharap ia akan diteruskan.

“PBS akan terus bersama dengan komuniti termasuk di Kota Kinabalu.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Api-Api, Safwan Diego dan wakil-parti seperti SAPP yang diwakili Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang, Gee Thien Soong yang turut bersama mereka dalam acara itu.

Bersama dengan rombongan itu, Ketua penerangan Bahagian Api-Api yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Yee Tsai Yew bersama kakitangan PBS Bahagian Api-Api turut mengedarkan ‘goodies’.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN