25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 5, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

PBS anjur seminar perkasa jentera parti

RANAU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) merangkap Ketua Bahagian Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam mengucapkan terima kasih atas kehadiran Presiden PBS, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam Seminar PBS Zon Pantai Barat Utara P170 Tuaran dan P 179 Ranau yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau, di sini, kelmarin.

“Terima kasih atas kehadiran Presiden kita. Akhirnya kita dapat bersemuka buat pertama kali sejak pandemik Covid-19,” kata Dr Joachim dalam ucapan penutupan dan penggulungan seminar ini.

“Sudah tentu kehadiran Presiden akan memberikan motivasi dan menaikkan semangat yang lebih tinggi kepada semua ahli PBS yang hadir,” katanya.

Sambil menyeru semua peserta seminar agar memahami dan menghayati apa yang telah disampaikan Presiden PBS dalam ucaptama beliau, Dr Joachim berkata, seminar ini secara tidak langsung dapat memberikan persiapan penuh kepada ahli PBS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

“Manalah tahu PRU akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Dr Joachim yang juga Pengerusi Penganjur seminar ini berkata, khusus bagi parlimen Ranau, satu ahli jawatankuasa (AJK) telah ditubuhkan dan ini boleh dijadikan jentera bagi membantu mana-mana ahli PBS yang akan bertanding.

“Kita akan sokong sesiapa sahaja calon yang di dokong oleh Pucuk Kepimpinan Parti sama ada dari PBS ataupun Parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS)”, katanya.

Beliau bersyukur kerana berkesempatan menganjurkan satu seminar yang penting ini kerana ia dapat memperkasakan ahli PBS dan apabila berada di cawangan masing-masing.

Dr Joachim berkata, melalui seminar ini semua ahli PBS dapat memahami lebih mendalam perjuangan PBS dan dapat menangkis tomahan daripada pihak-pihak tertentu demi mempertahankan parti.

Sebanyak tujuh bahagian PBS terlibat dalam seminar ini iaitu Kundasang, Tamparuli, Kiulu, Sulaman, Pantai Dalit, Karanaan dan Paginatan bersama dengan Ketua Exco Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Antara yang hadir ialah, Ketua Bahagian (KB) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim; KB Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; KB Sulaman, Juin Saman; KB Pantai Dalit, Lizuan Sarabun; KB Karanaan, Datuk Bernard Dalinting; KB Paginatan, Arthur Sen, serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (AMT), Stanis Buandi dan Suman Yasambun, Ketua EXCO Pergerakan Pemuda PBS Pusat, Christoper Mandut, Ketua EXCO Pergerakan Wanita, Datin Malianah Ugau serta Gerakan Belia-Beliawanis Bersatu (GBBB) Ranau dan Tuaran.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN