27 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pavolt muncul juara Kejohanan Bola Tampar Wanita Karnival Merdeka Mininsalu

KENANGAN…Pasukan  Skuad Antidadah Ranau(mencangkung) merakam gambar dengan Pavolt sebelum memulakan perlawanan.

RANAU: Dengan hayunan tangan yang konistent dan menyakinkan membawa tuah kepada pasukan Paka Volleyball Team (Pavolt) untuk muncul Juara keseluruhan selepas menewaskan pasukan Skuad Anti Dadah Ranau (Naib Johan) berkesudahan 31-25 pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Tampar Wanita sempena Karnival Merdeka 2022 peringkat Kg.Mininsalu Ranau pada Sabtu.

Pasukan Pavolt yang dibarisi pemain yang dianggoti guru-guru, diketui cikgu Salbinah Wati Binti Wasin telah menerima hadiah berupa sebuah piala rebutan, Sijil Penyertaan dan wang tunai.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Mininsalu menumpaskan Kisora dengan kiraan mata 31-29 pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat daripada 8 pasukan mengambil bahagian.

Hadiah- hadiah telah disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Chong Pehing, disaksikan ratusan penduduk setempat.

Hadir sama ialah, Pengerusi JPKK Kg.Mininsalu, Kuiky Gimbur,  Ketua Adat Kg.Mininsalu, Masutin Unggau, Pengerusi KDCA Kg.Mininsalu, Pilip Lakaji, Pengerusi Belia Kg. Mininsalu, Razelina Paladi dan Staf pejabat Khidmat Rakyat, Parlimen Ranau.

             

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN