26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

PAVOLT DITENTANG SENGIT ARVT SEBELUM MUNCUL JUARA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

Juara…PAVOLT bersama piala pusingan

RANAU: Pasukan PAVOLT mendapat tentangan sengit ARVT pada perlawanan akhir menentukan juara Pertandingan Bola Tampar Gabungan Lelaki/Perempuan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Kampung Mininsalu Baru yang berlangsung di gelanggang bola tampar kampung berkenaan baru-baru ini.

Dalam pusingan akhir, perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalasan mengatur serangan dan rejaman.  Pada kedudukan mata 30 sama, kemenangan akhirnya memihak kepada pasukan PAVOLT apabila satu mata emas yang dicari-cari akhirnya memihak kepada mereka. PAVOLT berjaya menumpaskan ARVT dengan kemenangan tipis 31-30.

Dalam satu lagi perlawanan menentukan tempat ketiga, pasukan Water Power VT berjaya mengalahkan Gana-Gana VT dengan mata 31-19.

Gambar bawah: ARVT (Naib Johan) dan gambar atas: Water Power VT (Ketiga)

Johan telah menerima sebuah piala pusingan, piala, medal, hamper dan wang tunai RM300, Naib Johan (piala, medal, hamper dan wang tunai RM150), Ketiga (piala, medal, hamper dan wang tunai RM100), Tempat Keempat (piala, medal, hamper dan wang tunai RM70) dan penerima saguhati mendapat sebuah hamper bernilai RM50.

Para pasukan yang menyertai pertandingan tersebut pada kali ini terdiri daripada pasukan ARVT (Kg. Karanaan), RCVC (Kg. Tanah Merah) PAVOLT (Kg. Paka Dua), Gana-Gana VT (Kg. Gana-Gana), MVT A dan B (Kg. Mininsalu), Unicorn (Kg. Longut Baru), S2FCC (Kg. Tungou) Lipasu VT, Parlimen (JY Team), Longut VT dan Water power VT.

Menurut Pengerusi Penganjur, Puan Roezilina Paladi, kejohanan tersebut bertujuan mengeratkan silaturahim, mengasah bakat di samping dapat mempelajari benda baru dari segi peraturan volleython dan mendapat pengalaman bermain bersama pasukan yang kuat.

Sumber: Amirah Berniah Ardini Abdullah

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN