30 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Patuhi PKP agar tempoh tidak disambung selepas 14 April; Abidin

Oleh : Cleo Will

RANAU: Masyarakat di seluruh Negara, khasnya di Ranau Sabah dirayu agar bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk membendung pandemik Covid-19 supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan disambung lagi selepas 14 April ini.

ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata, perlanjutan tempoh PKP menunjukkan situasi berkenaan serangan Novel Koronavirus yang dihadapi dunia sekarang belum ada titik penyelesaiannya lagi.

“Orang ramai perlu patuh kepada PKP dan diam di rumah. Saya khuathir jika tidak ada pemulihan yang ketara, ianya akan dilanjutkan lagi. Justeru Saya merayu kepada semua untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk membendung wabak ini,” kata beliau.

Menurut Abidin, perlanjutan PKP sudah tentu mempunyai implikasi ekonomi negara di mana golongan seperti para petani sudah mula bimbang disebabkan ketiadaan makanan akibat Covid-19.

“Dengan pengumuman bantuan kerajaan pada hari Rabu, saya berharap Kerajaan dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya berterima kasih kepada YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal atas pengumuman pakej Bantuan Covid 19 Sabah, khususnya peruntukan sebanyak RM20 juta kepada golongan yang terjejas secara langsung oleh Covid 19.

“Ini termasuk juga peruntukan sebanyak RM20 juta untuk elaun Bantuan khas kepada golongan miskin dan miskin tegar,” jelas beliau ketika dihubungi media di sini pada hari Khamis.

Abidin berharap dengan adanya pengumuman daripada kerajaan pusat dan negeri untuk membantu mereka yang terjejas akan sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung dan berharap peruntukan tersebut dapat disalurkan dengan kadar segera.-TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN