29 C
Kota Kinabalu
Khamis, April 24, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Rumah Merah muncul Juara kesuruhan Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan MSSM peringkat SK.Waang

Antara guru (petugas) dan ibu bapa sempat merakam gambar bersama Jita (kanan) sebelum kejohanan bermula.

RANAU: Pasukan Rumah Merah muncul Juara kesuruhan apabila berjaya mengumpul 28 mata, mengutip  9 Pingat Emas, 7 Perak dan 18 Gangsa pada Kejohanan sukan Olahraga dan Balapan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat SK.Waang Ranau di padang sekolah itu baru-baru ini.

Naib johan disandang oleh pasukan Rumah Kuning mengumpul 17 Mata melalui kutipan  8 Pingat Emas, 4 Perak dan 5 Gangsa disusuli pasukan Rumah Biru mengutip 3 Emas, 9 Perak dan 3 Gangsa (15 mata) menduduki tempat keriga pada kejohanan kali ke-28 itu.

Perasmian kejohanan itu telah disempurnakan, Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Binti Pedilis yang mewakili Timbalan Menteri Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Zita dalam ucapanya antaralain, memuji warga pendidik serta.komitmen dan kerjasama padu para ibu bapa kerana berjaya menganjurkan kejohanan seumpama itu setiap tahun.

Menurut Zita, bidang sukan merupakan antara landasan asas terbaik untuk melahirkan  murid  cergas fizikal dan cerdas mental.

“Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seseorang yang cergas, patuh  dengan aturan dan secara tidak langsung membentuk seseorang  atlet yang berhemah,  bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi,” tambah Zita.

Berucap sama pada majlis perasmian kejohanan itu ialah, Guru Besar SK.Waang,  Mail Bin Musah mewakili guru-guru dan ibu bapa.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN