26 C
Kota Kinabalu
Selasa, Oktober 22, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan PDR benam PDT 5-2

Kedua-dua pasukan Ranau (berdiri) dan Tenom merakam gambar sebelum perlawanan bermula

RANAU: Pasukan Pejabat Daerah ini, berjaya menewaskan   pasukan Pejabat Daerah  Tenom  dengan jaringan 5-2 dalam satu perlawanan  Silaturrahim di padang Majlis Daerah Ranau (MDR) baru-baru ini.

Lima gol Pejabat Daerah Ranau telah dihasilkan menerusi jaringan Sham Roger, Cannisius Justin, Romzie@Likad Muhammad, Azri  Jeffrey dan Jukri Botong  manakala dua jaringan pasukan Pejabat Daerah Tenom diperoleh menerusi pemain sensasi pasukan itu, Felexius Amil.

Pasukan pejabat daerah Ranau telah diketuai Pegawai Daerahnya, Jumain Bin Abdul Ghani manakala Pegawai Daerah Tenom, M.Syazwan Bin Haji Masood mengetuai pasukan Pejabat Daerah Tenom.

Jumain ketika ditemui, memberitahu, perlawanan bola sepak persahabatan itu adalah antara aktiviti yang diadakan sempena kunjungan yang julungkali pasukan Pejabat Daerah Tenom ke Ranau.

CENDERAMATA…Jumain (kiri) menyampaikan kepada Syazwan sebelum permainan bermula.

“Kita amat mengalu-alukan kunjungan mereka ke daerah Ranau ini yang terkenal dengan lokasi menarik di Malaysia malah diperingkat antarabangsa.

“Perlawanan bolasepak persahabatan itu lebih kepada perlawanan ‘Santai’ yang penting adalah ikatan dan pemangkin mewujudkan Silaturrahim yang sedia terjalin antara pemain kedua-dua pasukan bertambah erat dan mantap”, jelas Jumain.

Syazwan pula, merakam penghargaan dan terima kasih atas sambutan mesra kakitangan pejabat daerah Ranau yang dketuai  tuan Jumain dan mengharapkan ikatan Silaturrahim  dikalangan mereka tetap kekal abadi.

“Pintu Pejabat Daerah Tenom sentiasa terbuka luas, sedia menyambut lawatan balas  rombongan daripada pejabat daerah Ranau pada bila-bila masa”, tambah Syazwan.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN