32 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan PADERA tewaskan Pilihan JHEAINS Tambunan 3-2, PDK Banggi 1-0

CENDERAMATA..Jumain menyampaikan cenderamata kepada Penolong Pegawai Daerah Kecil Banggi, sambil kedua-dua pasukan merakam gambar.

RANAU: Pasukan Pejabat Daerah Ranau (PADERA) menewaskan pasukan pilihan JHEAINS Tambunan 3-2 pada perlawanan bola sepak persahabatan tiga penjuru di Padang Pekan di sini, baru-baru ini.

Pasukan PADERA membuka tirai jaringan di separuh masa pertama menerusi Canisius Justin. Kedudukan kekal 1- 0 sehingga tamat 30 minit separuh masa pertama.

Bersambung babak di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan yang lebih bertenaga, namun kelebihan memihak kepada PADERA apabila salah seorang pemain posisi depan, Wilson Miun berjaya membolosi gawang gol JHEAINS.

(Jumain (tengah) marakam gambar bersama pasukan PADERA

Tersentak dengan gol kedua PADERA, pasukan JHAEINS berjaya merapatkan jurang gol apabila penyerang utama pasukan itu yang enggan namanya disiarkan, berjaya meledak gol pertama.

Selang beberapa minit, pasukan JHEAINS berjaya menyamakan kedudukan 2-2 apabila memperolehi gol menerusi ‘own goal’ hasil kesilapan penjaga gawang PEDARA.

Kedudukan 2-2 di separuh masa kedua yang hanya berbaki beberapa minit telah dimanfaatkan sepenunhya pemain-pemain pasukan PADERA apabila satu lagi gol berjaya diperolehi menerusi Wilson Miun yang sekali gus muncul sebagai wira pasukan. Kedudukan 3-2 kekal sehingga ke wisel penamat.

Pasukan Pilihan JHEAINS Tambunan

Sementara itu, pertemuan diantara pasukan PADERA VIP dengan pasukan Pejabat Daerah Kecil Banggi, menyaksikan Banggi tewas 1-0. Gol tunggal PADERA VIP diperolehi menerusi Pemimpin Pembanguan Masyarakat (PPM) Karanaan, Rosdi Abdul Ghani.

Pemain kesebelasan pasukan PADERA VIP dibarisi antaranya Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abd Ghani, Penolong Pegawai Daerah Ranau (Pentadbiran), Hasinin Kinsim, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Mohd Erwan Moruji.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN