KAMI JUARA…Pasukan Liwan Legend merakam gambar selepas perlawan menentang Letra FC.
RANAU: Pasukan Liwan Legend Tambunan muncul juara selepas menewaskan pasukan Letra FC Kg.Langsat (Naib Johan) dengan jaringan 3-2 pada perlawanan akhir Bola Sepak 9 Sebelah merebut ‘Piala ‘Pialungan’ 2023 di padang Kg.Tungou Ranau baru-baru ini.
Dengan kemenangan itu, pasukan Liwan Legend Tambunan bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu), manakala Naib Johan akan menerima RM500, tempat Ketiga(RM300) dan keempat RM200.
Para pemenang individu masing-masing akan menerima RM200.
Tempat Ketiga disandang pasukan Taralamas FC dari Tambunan selepas menewaskan pasukan Rukut-Rukut (tempat keempat) dengan jaringan 2-1 pada perlawanan merebut tempat Ketiga dan Keempat.
Pengerusi Jawatankuasa penganjur, David Julian memberitahu kejohanan yang julungkali diadakan itu antaralain mencungkil bakat dan potensi para belia dalam permainan bola sepak sekaligus memilih pemain yang bakal diketengahkan bagi mewakili Zon Kerokot Tambunan ke kejohanan peringkat lebih tinggi.
‘Kejohanan seumpamanya juga sebagai landasan memperkukuhkan perpaduan, persahabatan dan sebagai benteng para belia daripada terlibat dengan kegiatan tidak bermoral seperti penagihan najis dadah yang merosakkan masa depan para belia”, jelas David.
Beliau mengharapkan kepada para belia dan peminat bola sepak di Zon Kerokot supaya menyertai kejohanan pada masa akan datang sebagai satu sokongan dan dorongan kepada pihak penganjur memperbanyakkan kejohanan Bola Sepak peringkat Zon Kerokot di bawah dedikasi Penaungnnya, Ketua Mahkamah Anak Negeri (KAN) Tambunan, Dato’ Peter Kuling.
Menurut David, Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan, akan disampaikan pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian.
            Â