27.3 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 27, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Karate Labuan adakan perlawanan persahabatan dengan SUKMA Karate Sabah

GAMBAR:…. Pasukan Karate Labuan bersama Pasukan Karate Karate Penampang Dojo.

LABUAN: Setelah hampir dua tahun tidak menyertai sebarang kejohanan mahupun program diluar Labuan, akhirnya pasukan  Karate Labuan berpeluang  mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Karate SUKMA Sabah melalui Program ‘Majal Lurih Karate Labuan yang diadakan di  Kompleks Sukan Likas, baru baru ini.

Menurut Pengurus Pasukan Karate Labuan, Sensei  Aswadee Taba program tersebut telah berlangsung selama empat hari yang baru saja berakhir pada 30 Disember lalu melibatkan seramai 12 atlet, masing masing seorang jurulatih dan pegawai.

“Program  Majal Lurih merupakan suatu inspirasi  dari motto bangsa Kedayan iaitu ‘Inda Majal Inda Lurih’ yang bermaksud selagi tidak bersungguh-sungguh, selagi itulah belum mendapat hasilnya atau dalam peribahasa melayu ‘Dimana ada kemahuan di situ ada jalan, katanya dalam satu kenyataan media, kelmarin.

Oleh itu katanya, program ini akan membincangkan matlamat pasukan karate Labuan bagi tahun 2022 dan harus membuahkan hasil daripada matlamat tersebut.

Sementara itu katanya, perlawanan persahabatan itu bertujuan untuk mendapatkan rentak dan mengembalikan semangat mereka  untuk bersaing  dan siap siaga untuk menghadapi sebarang kejohanan serta persediaan untuk pemilihan SUKMA  2022.

Jelas beliau lagi, selain mengadakan perlawanan dengan skuad karate SUKMA Sabah, pasukannya juga telah mengadakan aktiviti “Sinopian Water Rafting di Kialu yang bertujuan untuk membina semangat sepasukan dan bersedia menyahut  cabaran tahun 2022.

 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN