33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 12, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Kampung Enam A dan Diva Team muncul juara Piala ADUN N.46 Nabawan.

Gambar atas: Ghani menyampaikan hadiah kepada pasukan Kampung Enam A yang muncul juara kejohanan Piala ADUN N.46 Nabawan.

NABAWAN:Pasukan Kampung Enam A muncul sebagai juara kejohanan 11 sebelah piala ADUN N.46 Nabawan Tertutup 2022 kategori lelaki selepas menewaskan pasukan Pensiangan United melalui sepakan penalti selepas kedudukan seri 0 – 0 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Nabawan kelmarin.

Naib johan disandang oleh Pensiangan United manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing jatuh kepada pasukan Malampoi A dan Be-Han.

Sementara itu bagi kategori wanita,  Diva Team dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Kampung Enam yang menduduki naib johan juga melalui sepakan penati selepas tamat perlawanan dengan kedudukan seri 0 – 0.

Tempat ketiga dan keempat bagi kategori wanita masing-masing disandang oleh  Mix Ansilulum dan Murni Real WFC.

Pasukan Terbaik bagi kategori lelaki dianugerahkan kepada pasukan Malampoi B manakala penjaring terbanyak disandang oleh Shedenilson Urin dari pasukan Malampoi B.

Pemain Terbaik dan Penjaga Gol terbaik masing-masing disandang oleh Tison Taihing dari pasukan Kampung Enam A dan Shanewane Awang (Pensiangan UTD).

Sementara itu pasukan terbaik bagi kategori wanita dianugerahkan kepada Mix Team Ansilulum.

Penjaring Terbanyak, Pemain Terbaik dan Penjaga Gol terbaik Cynthia Ami (Diva Team), Jaini Martinus (Kampung Enam A)dan Jilla ( Diva Team).

Barisan pemain Diva Team yang muncul juara kategori wanita bergambar kenangan bersama isteri ADUN Nabawan Datin Asiah Haji Azlan.

Johan bagi kategori lelaki membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta tropi dan medal manakala naib johan menerima wang tunai RM3,000.00 berserta tropi dan medal.

Tempat ketiga menerima wang tunai RM1,500 berserta tropi dan medal manakala tempat keempat menerima wang tunai RM1,000.00 dan stand medal.

Pasukan terbaik pula menerima wang tunai RM500.00 dan stand medal, 

Penjaring terbanyak, pemain terbaik dan penjaga gol terbaik pula masing-masing menerima wang tunai RM100.00 dan stand medal.

Pasukan terbaik bagi kategori wanita menerima RM300.00 dan Stand Medal manakala penjaring terbanyak, pemain terbaik dan penjaga gol terbaik masing-masing menerima wang tunai RM100 dan Stand Medal.

Sebanyak 71 pasukan lelaki dan 15 pasukan wanita menyertai kejohanan itu.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah kejohanan itu disempurna oleh ADUN Nabawan Datuk Abdul Ghani Datuk Mohamed Yassin.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah dalam ucapannya berkata, beliau akan menyumbang jersi kepada 71 pasukan lelaki dan 15  pasukan wanita yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

Belia turut mengumumkan bahawa kejohanan tersebut dijadikan acara tahunan.

Katanya, selain kejohanan bola sepak, kejohanan bola tampar dan sepak takraw juga akan dianjurkan tahun ini.

Hadir sama Datin Asiah Haji Azlan @ Doren, Pengerusi NAFA Jackrison Kilan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM)Nabawan Deckson Andipai dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN