25.5 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Jabatan Air Ranau muncul Juara

JUARA….Pengurus Pasukan Jabatan Air, Shahili Kinchim menerima Piala Pusingan disampaikan Datuk Jonathan.

RANAU: Pasukan Jabatan Air daerah ini muncul ‘Juara’ selepas menewaskan Kilimu Fc 1-0 pada perlawanan akhir Bola Sepak merebut piala Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin di Padang Majlis Daerah Ranau (MDR) berakhir pada Jumaat.

Tempat ketiga disandang pasukan  Skuad AADK yang menewaskan pasukan Ex-Kimondou 2-0 pada perlawanan merebut tempat ketiga.

Kejohanan itu diadakan sempena Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Ranau pada 24-25 Jun yang perasmiannya akan disempurnakan Datuk Jonathan.

Pelbagai acara lain turut diadakan sempena program itu di Dewan Masyarakat Ranau termasuklah, Seminar Keluargaku,  Syurgaku’, Pertandingan Ranau Idol, Pertandingan Muzik Buskers, Fun Ride ‘Lebih Baik Cegah’, Pameran Jabatan dan Agensi, Pertandingan Ratu Tradisi Kanak-Kanak, Pertandingan Masakan Tradisional, Persembahan Kugiran  Sekolah Hendry  Gurney Keningau, Pocket Talk ‘Kenali Kesan dan Bahaya Dadah dan Cabutan Pengunjung Bertuah.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN