31 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Gereja Kg.Bunga Raya, KSFX terima sumbangan ADUN Bingkor

Robert menyampaikan sumbangan kepada Fabianus

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menyampaikan sumbangan kewangan kepada pasukan gereja Kampung Bunga Raya yang mengikuti pertandingan peringkat (zon-zon) Sabah.

Sumbangan tersebut diterima oleh Timbalan Pengerusi KUK St. Fabianus Kampung Tonobon Jatius Jacobus.

Jacobus mewakili pasukan merakamkan ucapan terima kasih kepada Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya atas sumbangan itu.

Sementara itu pasukan bola tampar KSFX lelaki A dan B yang turut menerima sumbangan kewangan daripada wakil rakyat Bingkor itu mengucapkan ribuan terima atas sumbangan itu.

Menurut jurucakap pasukan Rivaldo Darren, pasukan KSFX lelaki A dan B muncul sebagai johan dan naib johan sekaligus dinobatkan juara keseluruhan antara zon KSFX melibatkan tiga jenis sukan iaitu bola tampar lelaki/perempuan, badminton berpasukan dan bola sepak terbuka/veteran yang berlangsung baru-baru ini.

Dengan kemenangan berganda ini pasukan bola tampar lelaki A dan B akan mewakili paroki KSFX untuk bertanding antara paroki-paroki pendalaman pada tahun ini bertempat di paroki Tambunan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN