JUARA…. Rozman menyampaikan hadiah kepada Pasukan BOWLS’ C yang menjuarai Kejohanan Open Triples Tertutup Labuan 2021 sambil diperhatikan Rithuan dan Hassan.
LABUAN: Pasukan BOWLS’C muncul juara Kejohanan Open Triples Boling Padang Tertutup Labuan 2021 selepas menewaskan pasukan ZNT 14-7 dalam aksi final yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, pada Sabtu.
Pasukan itu yang diwakili Mohammad Aimil Ismail, Muhammad Amirul Naim Fazly dan Nur Syabil Syarqwal Mohd Hamdan membawa pulang hadiah wang tunai RM750 bersama sebuah piala dan medal.
Manakala pasukan ZNT yang diwakili Zulpikar Manshor, Nur Khairunnisa dan Nur Erien Tiara Jumadil yang terpaksa berpuas hati bergelar naib juara menerima hadiah wang tunai RM500 dan medal.
Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan BOWL’E yang diwakili Nurul Husna Suraiya Yunus dan Mohd Hafiz Roslan dan Nur Zur’Arissya Nabihan Md. Zaidi dan pasukan Kampung People yang diwakili pasangan adik beradik Nur Farah Faizah Roziman, Nur Farhana Faizah Roziman dan Mohd Raihan Roziman masing masing menerima hadiah wang tunai RM300.
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Datuk Rozman Isli.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Timbalan Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Rithuan Mohd Ismail dan Naib Presiden Persatuan Lawn Bowl Labuan, Hassan Jinin.
Kejohanan anjuran bersama Persatuan Lawn Bowl Labuan dan Perbadanan Labuan sempena Ambang Tahun Baharu 2022 telah disertai 32 pasukan.