31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Bola Jaring PSKPPS terima sumbangan daripada ADUN Bingkor

Olivia (dua dari kanan)menyampaikan sumbangan kepada Halleinah.

KENINGAU:Pasukan Bola Jaring Persatuan Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sabah (PSKPPS) menerima sumbangan kewangan daripada Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin.

Pasukan Bola Jaring PSKPPS akan mewakili Sabah ke kejohanan Majlis Sukan dan kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ( MSKPPM ) Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan pada 3 hingga 9 Jun ini bertempat di negeri Kelantan Darul Naim.

Sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) N.40 Bingkor itu telah diterima oleh Halleinah Tanggaak yang mewakili Pasukan Bola Jaring PSKPP Sabah yang disampaikan oleh Staf Pejabat ADUN Bingkor Puan Olivia Justin, mewakili Datuk Robert.

Pengurus Pasukan Kontijen Bola Jaring PSKPP Sabah  Norhayati Abd Hadi amat berterima kasih kepada Datuk Robert atas sumbangan kewangan tersebut 

Sumbangan tersebut sudah tentu sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan dalam penyertaan pasukan ke kejohanan tersebut.

Sementara itu Datuk Robert mengucapkan selamat berangkat ke Negeri Kelantan Darul Naim kepada pasukan Bola Jaring PSKPPS Sabah.

Datuk Robert berharap pasukan menjaga nama baik Sabah khususnya Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. 

Pada masa sama beliau mendoakan  agar ahli-ahli kontijen PSKPP Sabah dipermudahkan perjalanan pergi dan balik serta memperolehi kejayaan dalam kejohanan tersebut

Sementara itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)Kampung Pagansangan Bingkor menerima sumbangan kipas dan meja daripada ADUN Bingkor.

Sumbangan tersebut juga telah disampaikan oleh Puan Olivia Justin mewakili Datuk Robert yang diterima oleh Pengerusi JPKK Kampung Pagansangan Bleany Angkim. 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN