29 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasukan Belia Pensiangan muncul juara kejohanan Piala Belia Pensiangan

Ellron (lapan dari kiri)bergambar bersama pasukan Belia Pensiangan (berdiri/jersi putih)dan pasukan Salarom A (jersi oren).

PENSIANGAN:Pasukan Belia Pensiangan muncul sebagai juara kejohanan Piala Belia Pensiangan anjuran bersama PMM SIB Kawasan Nabawan, Komuniti Belia Gereja-Gereja Pensiangan dan Mahkamah Anak Negeri Mukim Pensiangan.

Pasukan Belia Pensiangan merangkul piala kejohanan itu selepas menewaskan pasukan Salarom A dalam perlawanan akhir yang berlangsung di padang Pekan Pensiangan kelmarin.

Pasukan juara itu mengungguli kejohanan tersebut apabila menundukkan 16 pasukan yang lain dalam kategori lelaki.

Naib Johan bagi kategori  lelaki diragkul oleh Salarom A manakala

Tempat Ketiga dan keempat masing-masing disandang oleh  Salarom B Mambu FC.

Sementara itu bagi kategori wanita diungguli oleh Salinatan apabila menewaskan Sakali Star yang menduduki tempat kedua.

Tempat ketiga bagi kategori ini disandang oleh Pekan Pensiangan & Sibangali B.

Penyampaian hadiah kejohanan yang berlangsung selama tiga hari yang menampilkan 16 pasukan kategori lelaki dan 6 pasukan kategori wanita itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Terdahulu Ellron  sempat menyaksikan sendiri perlawanan akhir  antara pasukan Salarom A dan pasukan Belia Pensiangan. 

Ellron dalam ucapannya berkata, kejohanan bolasepak ini merupakan satu inisiatif terbaik bagi memberikan pendedahan kepada anak-anak muda untuk bergiat lebih aktif dalam sukan bolasepak.

“Di Pensiangan ini  banyak bakat-bakat besar dalam sukan bolasepak yang boleh diasah dan dilentur,  justeru kejohanan ini adalah salah satu medan utama bagi mereka yang berminat untuk mengasah bakat” kata Ellron.

Beliau juga mengharapkan agar lebih banyak kejohanan-kejohanan sukan seumpama ini diadakan pada masa hadapan. 

Ellron yang juga wakil rakyat N.45 Sook itu turut hadir bagi menyempurnakan Program Bersama Rakyat di Bangsal Pensiangan sekaligus merasmikan Penutupan Kejohanan Bolasepak Piala Pensiangan.

Pogram itu turut dihadiri  Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan Atar Andipoh, Wakil-waki Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan, Ketua-ketua Kampung, Pegawai dan staf UPPM Sook serta warga kampung.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN