32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Februari 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Pasar Sentral beroperasi semula seperti biasa

BERBINCANG…. Asmadi (tengah) bersama Pengarah Bahagian Perlesesan Perbadanan Labuan, Abd. Aziz Hamzah yang memantau peniaga ketika menjalani ujian saringan pada Rabu.


LABUAN: Pasar Sental di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) yang ditutup sejak 10 Disember lalu kini dibuka seperti biasa bermula hari ini 17 Dis 2020, selepas 324 peniaga di kawasan itu selesai menjalani ujian saringan COVID 19 yang dijalankan di pasar berkenaan pada Rabu.


Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Sentral, Asmadi Ahmad ketika dihubungi pagi ini, mengesahkan pasar tersebut mula beroperasi seawal jam 7 pagi ini dengan mengetatkan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berwajib.


Katanya, seramai 324 peniaga termasuk pembantu yang membabitkan peniaga pasar basah dan kering (aras bawah) dan beberapa peniaga di aras dua dan tiga telahpun menjalani ujian saringan secara percuma yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, pada pagi kelmarin (Rabu).

SARINGAN….sebahagian daripada peniaga berbaris untuk menjalani ujian saringan


Sementara itu, peniaga yang mengalami gejala akan dikuarantin selama 14 hari.


Menurut Asmadi lagi, pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan yang telah memberi peluang kali kedua secara percuma kepada peniaga dan penjaja pasar sentral untuk menjalani ujian saringan.


Dalam pada itu Asmadi juga berpuas hati terhadap peniaga dan penjaja yang telah memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjalani ujian saringan.


“ Saya telah dimaklumkan oleh Bahagian Perlesenan Perbadanan Labuan, mana-mana peniaga di pasar itu yang gagal menjalani ujian saringan, tidak dibenarkan untuk berniaga sehingga lah mereka melaksanakan ujian saringan dan mendapat keputusan negatif COVID 19.


Sebelum ini aras bawah pasar sentral yang membabitkan 299 peniaga penjual ikan, daging, sayuran dan buah buahan diarah tutup oleh pihak berkuasa selepas satu kluster baharu (kluster Ujung Pasir) dikesan di kawasan itu dengan merekodkan 18 kes setakat ini.

BERBINCANG…. Asmadi (tengah) bersama Pengarah Bahagian Perlesesan Perbadanan Labuan, Abd. Aziz Hamzah yang memantau peniaga ketika menjalani ujian saringan pada Rabu.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN