Para peserta yang menyertai Moonlibht Fun Walk LISC 2026 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
LABUAN: Lebih 2,000 warga Labuan pelbagai lapisan. Masyarakat menyertai Moonlight Fun Walk 2026 sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 yang berlangsung malam tadi di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Acara yang merupakan program sokongan kepada penganjuran Labuan International Sea Challenge setiap tahun telah disempurnakan perlepasannya oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan,Datuk Mohamad Azmi Mohd Zain.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Dato’ Parang Abai @ Thomas; Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail; Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Nik Ahmad Zahiruddin Nik Saleh; serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mahanum Fauzi.

Pemenang pakaian kreatif kategori lelaki Moonlight Fun Walk LISC2026.
Selain acara berjalan santai, program ini turut dimeriahkan dengan pertandingan pakaian kreatif bertemakan Glowing in the Dark bagi kategori lelaki dan wanita.
Peserta juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang disumbangkan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.



