29 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Pasar Malam, Pasar Tamu dan Pasar Harian Pekan Bingkor dibuka November ini.

Robert semasa semasa mengadakan perbincangan dengan badan JKDB Pekan Bingkor.

KENINGAU:Pengoperasian Pasar Malam, Pasar Tamu dan Pasar Harian di Pekan Bingkor dijangka akan dibuka pada November ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ini kerana menyahut keluhan yang sering diutarakan oleh para peniaga di kawasan ini.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan badan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Pekan Bingkor kelmarin.

Katanya, pelbagai perbincangan juga dibuat, termasuklah berkenaan bila perniagaan tersebut dibuka. 

“Untuk makluman, perniagaan ini akan di buka selepas melakukan perbincangan dengan Majlis Daerah Keningau” jelasnya.

Justeru itu beliau berharap agar para peniaga dapat bersabar kerana ianya sedang diusahakan sebaik mungkin dan secepat mungkin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN