25 C
Kota Kinabalu
Isnin, Jun 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

PAS Labuan lancar 6 cawangan baharu

PESURUHJAYA PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya

LABUAN: PAS Kawasan Wilayah Persekutuan Labuan melakar sejarah baharu sejak penubuhannya pada 1998 dengan melancarkan 6 cawangan baharu dan ini sekaligus PAS Kawasan Labuan kini mempunyai 10 cawangan.

Yang Di Pertua PAS Labuan, Haji Hamir Zahari berkata majlis pelancaran yang dilaksanakan secara maya disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya pada Sabtu.

PELANCARAN  enam cawangan baharu secara maya.

Katanya, enam cawangan baharu  itu ialah Cawangan Batu Arang/ Sungai Keling, Sungai Labu,  Bukit Kalam, Kilan, Sungai Miri dan cawangan Rancha-Rancha.

Sebelum  ini katanya, PAS Labuan mempunyai empat cawangan masing masing cawangan Gersik,  Sungai Bedaun, Layang-Layangan dan cawangan Tanjung Aru.

Sementara itu, Ustaz Azhar ketika berucap melancarkan cawangan itu  menekankan  ahli-ahli PAS khususnya yang ada di Labuan supaya menunjukkan akhlak sebenar dalam berpolitik, tegas dalam berprinsip dan sentiasa bertolak ansur  dan fleksibel dengan orang orang bukan Islam selagi mana tidak bercanggah dengan tututan syarak.

“Kita ahli-ahli PAS seharusnya kena matang dan menunjukkan akhlak yang baik  dalam berpolitik, tegas dengan prinsip dan pendirian,  namun bersikap tolak ansur dan fleksibel kepada mereka yang bukan Islam selagi tidak berlawanan dengan agama” katanya.

Hadir sama dalam program secara maya itu ialah seluruh Jawatankuasa Harian PAS kawasan Labuan, Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya Perlimen kawasan Labuan dan wakil-wakil daripada enam cawangan PAS yang  akan ditubuhkan.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Wilayah Persekutuan, Haji Kamisan Suja  dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS wilayah Persekutuan Ustaz Abdul Hadi Abdul Halim.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN